Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Lain-lain

[ Review Produk ] Kamera terkini Casio Exilim TR-15 yang amat sesuai untuk wanita! Jom belajar cara nak guna

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Review Produk ] Kamera terkini Casio Exilim TR-15 yang amat sesuai untuk wanita! Jom belajar cara nak guna

photo (3)

Sebagai wanita, sudah semestinya kita gemar mengambil gambar dan diambil gambar. Oleh itu, para wanita memang memerlukan sebuah kamera kompak yang berkualiti,ringan, dan mudah dibawa ke mana sahaja. Kalau diikutkan, memang banyak kamera yang terdapat di pasaran tetapi jarang kita jumpa kamera yang amat kecil seperti saiz telefon bimbit yang berupaya mengambil gambar yang cantik.

Casio Exilim TR-15   merupakan kamera kompak yang terdiri dari 3 warna kesukaan wanita iaitu merah jambu,hitam dan putih dan mempunyai Fungsi Pencerahan Kulit ( Brightening ) dan Fungsi Solekan ( Make Up ) untuk mengambi potret diri dengan lebih cantik.Apa orang kata, tak perlu edit lagi kerana kamera ini memang mempunyai fungsi ‘mencantikkan lagi’ wajah kita. Selain itu juga, kameranya yang sangat kompak,kecil dan ringan membolehkan para pengguna membawanya ke mana sahaja dengan mudah. Ia juga mempunyai sarung pelindung kamera yang amat cantik juga.

Nak menggunakannya pun amat mudah kerana  mempunyai butang pengatup potret diri pada kerangka kamera, yang mudah ditekan sambil dipegang dengan sebelah tangan. Kamera pun boleh diputar 360 darjah untuk memudahkan pengguna mengambil gambar hadapan mahupun gambar diri sendiri.

Saya amat berpuas hati dengan kualiti gambarnya kerana memang ‘sharp’ dan jelas serta gambar-gambar yang diambil boleh terus dipindahkan ke dalam telefon pintar kerana mempunyai kemudahan LAN Tanpa Wayar dan kemudian dikongsi menerusi media sosial.

Bagaimana nak memindah gambar dari Casio Exilim TR-15 ke telefon pintar ?

1.Muat turun aplikasi  REMOTE ( Exilim Remote ) di iTunes ( Apple )

2.Tekan butang share pada kamera Casio Exilim dan pilih gambar yang ingin anda pindahkan. Paparan akan keluar dan menyuruh anda menyambungkan WIFI ke telefon pintar. Buka WIFI telefon pintar anda, pilih Wifi TR15-XXXXX dan masukkan  password. Buka aplikasi REMOTE (Exilim Remote) dan tunggu sahaja gambar dipindahkan secara automatik.

IMG_4166

IMG_4154

IMG_4155

Perbezaan kualiti gambar Auto  mode dan  Make Up  mode

Terdapat banyak perbezaan kualiti gambar di antara AUTO MODE, PREMIUM AUTO MODE  dan MAKE UP MODE  berserta pencerahan kulit. Jom kami nak kongsi apa bezanya bila anda menggunakan ketiga-tiga mode ini. Anda hanya perlu pergi ke menu mode, dan tukar setting di kamera.

Jika anda mahu mencerahkan kulit, anda hanya perlu memilih tahap kecerahan di MAKE UP MODE BRIGHTENING . Semudah itu. Nampak kan perbezaannya?

Gambar menggunakan AUTO MODE
Gambar menggunakan AUTO MODE
Gambar menggunakan Premium Auto Pro Mode
Gambar menggunakan Premium Auto Pro Mode

Perbezaan gambar MAKE UP MODE dengan 12 tahap berbeza serta mempunyai mode Brightening dan juga Natural

Gambar menggunakan MAKE UP MODE
Gambar menggunakan MAKE UP MODE BRIGHTENING
Gambar menggunakan AUTO MODE
Gambar menggunakan MAKE UP MODE NATURAL

Perbezaan gambar MAKE UP MODE dengan 12 tahap berbeza serta mempunyai mode Brightening dan juga Natural. Kami kongsikan 4 mode berbeza untuk mempamerkan perbezaan make up. Makin tinggi mode yang digunakan, kulit akan nampak  menjadi licin dan cantik.

MAKE UP MODE 0
MAKE UP MODE 0
MAKE UP MODE 3
MAKE UP MODE 3
MAKE UP MODE 6
MAKE UP MODE 6

 

MAKE UP MODE 9
MAKE UP MODE 9

Mudahnya mengambil gambar dengan Exilim TR-15!

Kamera ini mempunyai 2 cara berbeza untuk mengambil gambar iaitu dengan menekan butang pada kerangka kamera serta tekan terus pada skrin depan kamera. Anda boleh mengaktifkan mode tekan pada skrin dengan pergi ke butang menu, dan pilih Touch Shutter. Kamera ini juga mempunyai Self-Timer iaitu 2 saat dan juga 10 saat dan ia juga boleh diaktifkan di Menu.

 Bagi anda yang ingin membeli kamera EX-TR15 dijual pada harga runcit RM2,599, manakala EX-TR10 dijual pada harga runcit RM2,099.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *