Fesyen, Pilihan

[ Tips Fesyen DIY ] Jom belajar 4 cara mudah untuk melunturkan denim/jeans anda

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Tips Fesyen DIY ] Jom belajar 4 cara mudah untuk melunturkan denim/jeans anda

p1000863

Denim adalah satu konsep fesyen yang universal. Walaupun kelihatan luntur dan lusuh, pakaian yang diperbuat daripada denim ini masih nampak bergaya. Jeans dan denim pudar sentiasa berada dalam trend fesyen. Jadi disini ada beberapa tips DIY bagaimana untuk melunturkan denim anda.

1. Jangan basuh
Denim yang tidak dibasuh adalah lebih senang pudar.  Jika anda telah membeli sepasang jeans baru, cuba pakai tanpa membasuh selama mana yang boleh. Jeans akan mula kehilangan beberapa tona warna biru selepas beberapa lama.Jika anda perlu membasuh jeans anda,  pastikan anda keringkan di bawah cahaya matahari.

2. Kuasa jus lemon
Jus lemon telah dikenal pasti sebagai satu komponen yang kuat untuk memudarkan denim. Selain itu, ketiadaan bahan kimia menjadikan ia lebih selamat daripada yang peluntur. Pertama, rendam seluar jeans di dalam air dan perah untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Isi baldi dengan satu liter jus lemon dan  jeans direndam di dalamnya sampai pudar. Keringkan jeans dalam matahari dan kemudian bilas dengan air. Anda boleh mengulangi proses ini selagi anda belum puas dari mendapat bayangan pudar yang dikehendaki.

ispydiy_expressjean2

3. Pudarkan guna kertas pasir
Pastikan jeans anda dapat dipakai dengan  selesa. Ia harus tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Pakai mereka untuk mengenal pasti tempat yang anda mahu ia kelihatan pudar. Tandakan tempat-tempat yang betul. Letakkan kertas pasir pada tempat-tempat dan blok kayu di atasnya. Perlahan-lahan sapukan blok kayu yang dilapiskan dengan kertas pasir ke atas kawasan yang ingin dipudarkan. Tetapi jangan gosok terlalu kasar sehingga boleh mengoyakkan seluar anda pula.

4. Guna peluntur
Untuk proses pemutihan, anda perlu peluntur dan cawan penyukat. Tambah suku cawan peluntur ke dalam mesin basuh anda. Isi mesin dengan air sejuk dan kemudian letakkan hanya sepasang seluar jeans anda didalamnya dan basuh dengan peluntur. Keringkan jeans di bawah sinar matahari untuk mencapai keputusan pudar yang terbaik.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan pewarna kimia untuk pudar jeans anda. Walau bagaimanapun, proses ini mungkin lebih mahal dan tidak selamat apabila terdedah kepada kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk memakai sarung tangan semasa mengendalikan bahan kimia tersebut. Selamat mencuba!

 

IKLAN

IKLAN