Berita & Isu Semasa, Pilihan

Produk pemutih dan kecantikan guna pelakon popular sebagai duta diserbu KKM – Produk Maixara?

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Produk pemutih dan kecantikan guna pelakon popular sebagai duta diserbu KKM – Produk Maixara?

maixara-dianarafar

IKLAN

Baru-baru in, sepasang suami isteri ditahan oleh Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM yang membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi kerana menjual suplemen pemutih yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Suami isteri tersebut melantik seorang pelakon wanita sebagai duta produk pemutih mereka manakala telah melantik pelakon lelaki dari Singapura yang popular sebagai duta produk Yogurt mereka. Dari artikel ini, adakah mungkin produk Maixara? dimana mereka telah melantik pelakon Diana Rafar menjadi duta produk manakala pelakon Aaron Aziz menjadi duta produk yogurt tersebut. Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

diana-rafar-maixara aaronazizduta

maixara-c-central maixara

Siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya. Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya. Sumber

Website pun tak functional, lepas tu pula bila tengok alamat kilang, memang terletak di Bandar Baru Bangi.

IKLAN

maixara-tipu