Berita & Isu Semasa, Pilihan, Ramadhan & Aidilfitri

Promosi Aidilfitri : Pusat Servis Toyota beri tawaran istimewa

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Promosi Aidilfitri : Pusat Servis Toyota beri tawaran istimewa

4.Alor-Setar-new-3S-centre

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013, Pusat Servis Toyota memberi tawaran istimewa kepada pemilik kenderaan Toyota sehingga 30 September ini.

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota Motor) dalam satu kenyataan memberitahu antara tawaran itu adalah harga istimewa untuk penukaran bateri Toyota.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor berkata diskaun 30 peratus diberi untuk `body parts’ terpilih Avanza, Vios dan Hilux. Pemilik Toyota juga diberi harga serendah RM159 bagi setiap tayar berjenama untuk Corolla Altis, Avanza, Camry, Vios dan Hilux.

“Pelanggan Pusat Servis Toyota juga layak mendapat diskaun 50 peratus untuk perkhidmatan `alignment’ dan `balancing’,” katanya.

Tawaran istimewa itu antara lain memberi lebih keselesaan kepada orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitiri pada tahun ini. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 1800–8-869682 atau Toyota Malaysia. – mynews

Komen Anda