Acara, Info Menarik, Pilihan, Ramadhan & Aidilfitri

Dato’ Siti Nurhaliza dan Wardina Safiyyah di pelancaran MIZAN – Muslimah, jom sertai MIZAN!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Dato’ Siti Nurhaliza dan Wardina Safiyyah di pelancaran MIZAN – Muslimah, jom sertai MIZAN!

mizan

Pada hari Sabtu lepas bertempat di Masjid Besi Putrajaya telah berlangsungnya acara perasmian NGO Muslimah Interest Zone And Networking atau lebih dikenali dengan nama MIZAN. Majlis perasmian MIZAN telah disempurnakan dengan kehadiran Dato’ Siti Nurhaliza, penaung MIZAN Assc. Prof Dr Harlina Halizah Siraj, Presiden MIZAN Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,  Penasihat MIZAN sis Anfaal Saari dan Ustazah Maznah.

mizan-6 mizan-4

MIZAN merupakan satu badan NGO untuk membantu wanita di dalam proses penghijrahan dan mendalami kefahaman agama Islam dengan menyediakan kumpulan-kumpulan sokongan ataupun di panggil usrah. Mungkin ramai wanita di luar sana termasuklah saya teringin untuk mempelajari agama Islam tetapi tidak tahu di mana atau dengan siapa nak belajar, jadi MIZAN merupakan satu platform yang terbaik buat anda. Aktiviti terkini memang akan sentiasa dimuat naik di laman web MIZAN iaitu WWW.MIZAN.MY di ruangan aktiviti jadi anda boleh pilih aktiviti mana yang ingin anda sertai. Selain dari usrah, ada juga ceramah agama tau. Memang menarik :) 

Selalunya MIZAN akan mengadakan sesi usrah kecil dan besar di beberapa masjid terpilih di sekitar ibu kota dan jangan khuatir, bagi anda yang baru nak berjinak-jinak untuk mempelajari agama Islam, membaca Al-Quran, ahli MIZAN akan membantu anda dengan sebaik mungkin. 

big circle dr grine

Contohnya pada hari Ahad ini terdapat usrah di Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras dari jam 11 pagi hingga 1 petang dan penceramahnya adalah Dr. Fadila Grine. Jika anda nak menyertai usrah ini, anda boleh RSVP di :  https://www.facebook.com/events/296971107115741/

BACA  Mengaku Islam, Bella Hadid Mahu Melawat Palestin

aktivitimizan

Info ini semuanya akan dikongsi di laman web MIZAN, jadi anda tidak perlu risau.

Ini pula merupakan antara matlamat MIZAN : 

 (1)  Untuk mewakili imej dan sahsiah wanita Muslim melalui penerapan nilai intelektual, progresif, kontemporari dan berdikari.  

 (2) Menjadi pemimpin wanita yang fundamental, kontemporari dan profesional berasaskan Islam. 

 (3)  Untuk meningkatkan kesedaran terhadap Undang-undang Syariah dalam usaha untuk meningkatkan kemakmuran di samping melindungi hak asasi manusia.  

 (4)  Untuk mencetus inspirasi yang menyumbang kepada pembentukan pendapat awam, proses membuat keputusan dan dasar yang akan memberi impak kepada wanita. 

 (5)  Untuk bertindak sebagai suara autoriti bagi wanita Islam yang dengan menyediakan pandangan seimbang mengenai wanita Islam dan statusnya dalam Islam. 

 (6)  Melahirkan fasilitator yang terlatih dan berkemahiran dalam mengetuai kumpulan-kumpulan sokongan untuk ahli-ahli pertubuhan.  

 (7)  Membantu proses penghijrahan wanita-wanita yang ingin mendalami kefahaman agama Islam dengan menyediakan kumpulan-kumpulan sokongan.

cara-mizan

Bagi anda yang nak menyertai MIZAN ataupun mendapatkan info mengenai apa aktiviti MIZAN dan sebagainya, anda boleh pergi ke laman web rasmi MIZAN , ataupun di laman Twitter : Mizansisters

BACA  Isu Khinzir Halal : Jakim Nafi Keluarkan Logo Halal Kepada Mana-Mana Produk Haram

mizan-8

mizan-7

mizan-5

mizan-3

mizan-2

Leave a Reply
Your email address will not be published. *