Berita & Isu Semasa, Pilihan

Peniaga jual air terapi yang dirawat dengan sarang anai-anak makan 22 juzuk ayat al-Quran

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Peniaga jual air terapi yang dirawat dengan sarang anai-anak makan 22 juzuk ayat al-Quran

al-khodafi-4

IKLAN

Kita sering mendengar air terapi yang dibacakan dengan surah yasin ataupun mana-mana surah dari Al-Quran.. akan tetapi pernahkah anda mendengar air terapi yang mengandungi cendawan ajaib, kulat susu harimau, kemenyan makkah, sarang anai-anak ( yang sudah makan 22 juzuk ayat Al-Quran ), air zam-zam dan air hujan malam Jumaat 10 Muharram. Air terapi ini dikatakan mampu membantu merawat saka, sihir, santau, histeria , gangguan mental, baran dan lain-lain. 

Tak cukup dengan itu, kata pihak Air Terapi Al-Khodafi, air terapi itu juga mengandungi bakteria baik yang sentiasa berzikir dan menghapuskan bakteria jahat serta sel jin dalam badan yang menjadi punca penyakit rohani dan jasmani. Selain itu juga, cendawan ajaib dan kulat susu harimau yang menjadi kandungan air terapi sudah dibacakan ayat al-Quran sebanyak 40 kali khatam dan mampu membersihkan toksin badan dan meningkatkan sistem imunisasi badan manusia. Kilang memproses air terapi ini ada di Pendang, Kedah dan memproses sebanyak 4,800 botol air terapi sebulan dan harganya pula adalah RM10 sebotol.

al-khodafi

al-khodafi-5

al-khodafi-5

al-khodafi-2

Semakin ramai orang yang menggunakan nama Islam untuk melariskan perniagaan mereka dan kalau sampai menggunakan sarang anai-anai 22 juzuk seperti air terapi ini, kami khuatir ianya akan menjerumus umat Islam ke dalam khurafat dan seleweng.

https://www.facebook.com/AirTerapiAlKhodafi – ini merupakan link Facebook mengenai air terapi tersebut tetapi apabila kami cuba untuk membukanya, gagal.. Websitenya pun tidak boleh dibuka kerana bandwidth limit.

IKLAN

Dr Maza turut memberikan ulasan mengenai produk Air Terapi Al-Khodafi ini  dengan berkata : Agama selalu menjadi mangsa mereka yang mencari harta dengan menjual nama Allah swt dan RasulNya. Kejahilan orang awam membantu ‘kesalahan’ mereka.

al-khodafi-drmaza

Tambahan, selain dari produk Air Terapi ini , banyak lagi produk lain yang menggunakan agama.. Kalau yang baik itu kami tidak ada masalah, cuma yang melampau seperti menjual air berkarbonat  30 juzuk al-Quran seperti dibawah ini….. macam mana ni? Jual air manis yang tak baik untuk kesihatan tapi dibacakan dengan ayat al-Quran? Macam-macam.

oren-30juzuk

Leave a Reply
Your email address will not be published. *