Fesyen, Pilihan, Ramadhan & Aidilfitri, Review, Review - Fesyen

[ Eksklusif Sunsilk Raya 2013 ] Koleksi Baju Raya Terkini Rico Rinaldi 2013 & Peluang menjadi model/pereka fesyen hijabi! ( 20 gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Eksklusif Sunsilk Raya 2013 ] Koleksi Baju Raya Terkini Rico Rinaldi 2013 & Peluang menjadi model/pereka fesyen hijabi! ( 20 gambar )

cover

Jenama penjagaan rambut Sunsilk  bersama pereka fesyen terkemuka, Rico Rinaldi memberikan peluang kepada wanita-wanita di Malaysia untuk melakar sejarah hidup tersendiri dalam bidang fesyen dan peragawaan. Rico Rinaldi telah mempamerkan koleksi baju raya SummeRaya Rico Rinaldi yang sesuai untuk para hijabi ataupun muslimah bertudung yang inginkan kelainan dalam berfesyen. Tema koleksi pakaian Aidilfitri Rico Rinaldi adalah color blocking dan juga menggunakan potongan baju peplum, jubah, dan juga rekaan eksklusif Rico sendiri. Memang cantik dan menarik. Mahu dapatkan baju raya menarik dari Rico Rinaldi? Layari laman Facebook Rico Rinaldi 

Bercakap mengenai Sunsilk pula, kalau dilihat di kaca televisyen, jenama penjagaan rambut Sunsilk menayangkan iklan syampu yang menggunakan model bertudung dan untuk memenuhi keperluan pemakai hijab, Sunsilk telah mengorak langkah mengadakan aktiviti yang berkait dengan minat para wanita berhijab. Pihak Sunsilk mengadakan peraduan Sunsilk Lively Clean & Fresh – Hijabku, Gayaku dimana akan memberi peluang pada wanita di luar sana untuk menjadi pereka fesyen hijabi ataupun model hijabi! 10 orang pereka fesyen dan model teratas daripada peraduan ini akan menerima peluang menyertai program mentor daripada personaliti fesyen dan akan diberi peluang untuk muncul dalam Segmen Sunsilk eksklusif semasa peragaan haute couture Islamic Fashion Festival ( IFF ) pada bulan November nanti. 

Pereka Fesyen Hijabi : 

  1. Hantarkan gambar foto anda dengan produk Sunsilk Lively Clean & Fresh
  2. Hantarkan sehingga 3 reka bentuk fesyen hijab dalam format JPG, JPEG dan PNG.
  3. Sertakan butiran peribadi dan klik hantar penyertaan anda.

Model hijabi :

  1. Hantar 2 foto dengan pakaian bertemakan London, paris dan New York bersama sebarang produk Sunsilk Lively Clean & Fresh  :
  2. 1 keping gambar penuh badan
  3. 1 keping gambar separuh badan
  4. Sertakan butiran peribadi dan klik hantar penyertaan anda.

Saiz foto tak melebihi 2 MB dan simpan resit sebagai bukti pembelian jika anda tersenarai sebagai pemenang. Nak sertai peraduan ini? layari Facebook Sunsilk Malaysia

11

10

9

8

7

6

5

4

3

2

Komen Anda