Gossip, Gossip Tempatan, Pilihan

Gossip : Elfira Loy dan Pelakon Indonesia Baim Wong Bercinta?

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Gossip : Elfira Loy dan Pelakon Indonesia Baim Wong Bercinta?

1016526_286357071511124_1689251638_n

Aktor seberang, Baim Wong mengakui dia dan pelakon muda Malaysia, Elfira Loy kini sedang bercinta ketika muncul secara langsung dalam slot program Meletop di Astro Ria.

Saat ditanya berkali-kali oleh hos Nabil dan Neelofa, Baim tetap mengakui hal ini biarpun cuba dinafikan Elfira malah hampir menunjukkan SMS yang menjadi bukti hubungan mereka.

Baim dan Elfira muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan telefilem lakonan mereka, Untuk Terakhir Kali yang bakal bersiaran esok di Astro Ria jam 9 malam.

Baim Wong dan Elfira Loy sah bercinta 1

Mungkin juga pengakuan itu cuma gimik untuk menaikkan rating penonton tapi kalau dilihat gambar-gambar mesra yang dimuat naik di twitter mereka kemungkinan itu tetap ada.

Apatah lagi, Baim pernah memuat naik status berbunyi ‘Lagi kesepian, dateng dia. Thanks God’. Mungkinkah status itu ditujukan buat Elfira? 

baim dan elfira 3

Baim Wong dan Elfira Loy sah bercinta 2

Komen Anda