Kesihatan, Pilihan, Tips

[ Info Kesihatan ] Apa Kelebihan Teh Hijau Untuk Kesihatan?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
[ Info Kesihatan ] Apa Kelebihan Teh Hijau Untuk Kesihatan?

Black iron asian teapot with sprigs of mint for tea

Mungkin ramai di antara kita menolak untuk menikmati secawan teh hijau berbanding teh tarik kerana tidak biasa atau mungkin berasa kurang selesa pada aroma yang sedikit berbau berbanding teh yang lain. Namun tahukah anda teh hijau mempunyai pelbagai khasiat terutama meng­aktifkan metabolisme tubuh selain memberi tenaga. Malah ramai berpendapat teh hijau mampu menurunkan berat badan sekiranya diminum secara berkala setiap hari.

Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun. Malah penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian.

Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan mening­katkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin dalam jumlah yang besar dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.

Malah minuman berkhasiat ini membantu mengatur (mengawal) glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan. Namun begitu teh hijau masih mempunyai banyak kelebihan berbanding teh lain antaranya:

Mengurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.

Mengatasi bengkak mata

Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah.

Antiseptik kulit

Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan.

Melindungi kulit

Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit.

Menurunkan tekanan darah

Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal.

Menguatkan daya ingatan

Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda.

Awet Muda

Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *