Gossip, Gossip Tempatan, Pilihan

Kes Khalwat Shah Jaszle : Kekasih gelap tampil pertahankan maruah diri

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Kes Khalwat Shah Jaszle : Kekasih gelap tampil pertahankan maruah diri

shahrizal-jaszle

Rata-rata tahu dengan kes khalwat yang melibatkan pelakon Shahz Jaszle baru-baru ini dan dia juga sudah tampil memberi penjelasan dengan mengatakan dia telah diperangkap. Oleh kerana mahu menyelamatkan maruah sendiri, wanita yang telah ditangkap khalwat dengan Shahz tampil untuk mempertahankan dirinya di dalam segmen Bikin Panas di Melodi ahad lalu.

Wanita tersebut menafikan kes tersebut merupakan perangkap yang dirancang olehnya atau mereka yang tinggal di dalam rumah tersebut. Mengikut prosedur JAIS, mereka tidak akan terus menangkap pasangan yang berkhalwat tetapi akan melakukan penyiasatan terlebih dahulu dengan mengintip pasangan tersebut. Menurut wanita yang sudah menjalinkan hubungan selama sebulan dengan Shahz, dalam seminggu sekali dua sahaja Shahz akan pulang ke rumahnya sendiri dan hubungan mereka boleh dikategorikan sebagai pasangan kekasih.

Kes-Khalwat-Melodi

Menurut wanita itu lagi, Shahz mengatakan alasan dia bertunang adalah di atas kehendak keluarga dan ia tidak boleh menghalang mereka daripada mempunyai apa-apa perhubungan. Kekasih gelap Shahz Jaszle yang mendakwa pelakon itu cuba lepas tangan juga mengatakan yang dia pernah bertemu dengan rakan-rakan artis yang lain dan ahli keluarga Shahz sendiri. Anda boleh menyaksikan temu bual penuh dengan wanita ini di dalam video di bawah ini.

Komen Anda