Kesihatan, Pilihan, Ramadhan & Aidilfitri

Gambar Step-by-Step : Cara Membuat Kuih Tradisional Semperit Dengan Mudah!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Gambar Step-by-Step : Cara Membuat Kuih Tradisional Semperit Dengan Mudah!

Kuih semperit amat diminati dari dulu hingga sekarang. Kuih ‘tunjuk’ memang lain rasanya dari kuih yang dibuat sendiri. Jadi kami ingin kongsikan resepi membuat kuih tradisional Semperit dengan mudah dan sedap ini. Masa penyediaan adalah 30 mini dan masak untuk memasak pula adalah 15 hingga 20 minit.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Chef Kamarul, jadi sukatan yang diberi itu bersesuaian untuk mendapatkan tekstur kuih yang berlemak dan rangup. Memang sedap!

photo (5)

Bahan –bahan

  • Buttercup – 375g (1 ½ blok )
  • Tepung gandum – 1 ½ cawan
  • Tepung kastard – 1cawan
  • Teung jagung – 2 ½ cawan
  • Kuning telur – 3 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 1/2 cawan

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius

2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.

3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang)

photo 2

photo 3

4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.

photo 4 photo 5
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.

photo 1

photo 2

photo 3
6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing.

photo 4

photo 5

photo 1

photo 2

7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.

Senangkan? Sekarang anda boleh cuba di rumah.

BACA  Penting! Alasan Mesej Teks Boleh Menyebabkan Tekanan
  1. saya nak ikut resepi kuih semperit ni..ada beberapa soalan nak tanya..

    1) bila masanya nak masukkan serbuk koko tu??
    2) gula jenis apa yang perlu dipakai? gula pasir halus?gula kostor?

    1. Hi Sofia,

      Serbuk koko tidak dimasukkan. Gula pula adalah gula pasir halus jika boleh. Kalau tidak, gula biasa pun tak mengapa. tiada masalah.

  2. nak tanya
    panaskan ketuhar tu berapa lama?
    sepanjang dok adun tu ke?
    maaf saya nie baru berjinak2x utk buat biskut
    Berapa lama nak bagi masak biskut tu?30minit?

    1. Ieta,

      nak tanya
      panaskan ketuhar tu berapa lama? sepanjang dok adun tu ke? = YA BETUL
      maaf saya nie baru berjinak2x utk buat biskut
      Berapa lama nak bagi masak biskut tu?30minit? = 15 hingga 20 minit sahaja. Takut hangus nanti lama2

  3. Salam kak,nak tanye. Macam mane tak nak bagi buskit semperit tu kembang? Dah banyak kali saya buat,lepas bakar mesti kembang.

  4. hi, just ask.. kalau y “3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang”, kalau kata kita pukul sampai kembang boleh tk? ape beza ye kalau kita pukul kembang ngan tk sampai kembang.. ?

Leave a Reply
Your email address will not be published. *