IKLAN
Cinta & Perhubungan, Pilihan

[ Perkahwinan ] Jangan terlalu memanjakan pasangan anda kerana ada buruknya

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Perkahwinan ] Jangan terlalu memanjakan pasangan anda kerana ada buruknya

parents

Setiap orang ingin disenangi oleh pasangannya, namun tahukah anda bahawa jika pada taraf tertentu ingin “selalu” menyenangkan pasangan adalah tidak sihat. Sebaliknya, pasangan yang ingin “selalu” disenangkan dan semua keinginannya diikuti juga adalah tanda bahaya dalam sebuah hubungan.

Menyenangkan orang lain adalah tanda-tanda bahawa orang tersebut tidak mempunyai rasa aman, dan dia memerlukan pengakuan dari orang lain untuk merasa aman. Namun Tuhan ingin setiap orang merasa aman bukan kerana penampilannya atau perbuatannya, tetapi berdasarkan jati dirinya.

Jika anda ingin menyenangkan pasangan anda, ketahuilah bahawa manusia tidak pernah merasa puas. Boleh saja jika pasangan anda tidak dewasa, maka dia akan sukar disenangkan dan akan sentiasa mencari kelemahan atau kekurangan dari diri anda. Hal tersebut akan membuat perasaan kecewa dan kemarahan yang terkumpul, pada akhirnya akan membahayakan hubungan dalam perkahwinan.

Sebagai orang yang mencintai pasangan, tentu kita harus mengungkapkannya tindakan. Ungkapkan cinta anda kepada suami atau isteri anda dengan cara-cara yang kreatif, namun tujuannya bukan untuk mendapatkan rasa aman atau pengakuan, tetapi kerana anda mengasihi dia dengan tulus dan ikhlas. Perkahwinan yang sihat adalah sebuah hubungan yang penuh ketelusan, untuk itu jika ada masalah, jangan menyimpannya sendirian tanpa menyelesaikannya bersama pasangan. Kongsi dengan pasangan anda, jangan biarkan andaian mencuri sukacita perkahwinan anda, sebaliknya ijinkan kasih Tuhan itu mengikat hubungan anda dengan pasangan semakin kuat.

IKLAN