Kesihatan, Pilihan

Bahaya Kanser serviks pada wanita : Gejala, faktor dan cara pencegahan

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Bahaya Kanser serviks pada wanita : Gejala, faktor dan cara pencegahan

cervical_cancer

IKLAN

Kanser pangkal rahim atau  kanser serviks adalah sejenis kanser yang 99.7% disebabkan oleh human papilloma virus (HPV) onkogenik, yang menyerang pangkal rahim. Virus ini boleh merebak secara langsung dari sentuhan kulit, masa inkubasinya boleh lebih dari sepuluh tahun, oleh kerana itu diperingkat awal tidak ada gejala yang nyata.

Kajian menunjukkan bahawa selain disebabkan jangkitan HVP faktor seperti merokok dan komsumsi pil dalam waktu lama juga boleh mempengaruhi risiko seseorang terkena kanser serviks.

Untuk mengelakkan jangkitan virus dan meminimumkan  terkena kanser serviks, anda harus mengenal faktor penyebab, pencegahan dan gejala agar anda boleh mengurangkan risiko anda menghadapi kanser serviks.

1600wanita

Faktor Punca

1. Faktor Umur

Wanita yang dijangkiti virus ini pada umumnya mendapat gejala kanser serviks pada usia diatas 40 tahun. Semakin tua seorang wanita maka makin tinggi risikonya terkena kanser serviks.

2. Faktor Kebersihan

IKLAN

Keputihan yang dibiarkan terus menerus tanpa dirawat merupakan salah satu pencetus kanser ini. Segeralah berunding dengan doktor anda bila anda mengalami keputihan yang tidak normal.

Membasuh kemaluan dengan air yang tidak bersih, misalnya di tandas-tandas awam yang tidak terawat juga memperbesar risiko kanser ini. Hal ini kerana kita boleh saja dijangkiti dari orang yang sebelumnya menggunakan tandas tersebut.

3. Faktor-faktor lain

Selain sifilis, gonorea, herpes simpleks, HIV-AIDS dan kutil kelamin, seks bebas juga ternyata dapat membawa virus HVP. Mempunyai lebih daripada satu partner seks akan meningkatkan risiko penularan virus HPV. Jika anda melahirkan bayi melalui serviks, dan mempunyai anak lebih dari 5 orang, ia juga boleh menimbulkan meningkatkan risiko kanser serviks. Hal ini kerana saat melahirkan, bayi yang melalui serviks dapat menimbulkan trauma pada serviks.

Pencegahan

Pap Smear merupakan pemeriksaan sederhana yang dapat mengenali kelainan pada serviks. Dengan rutin melakukan papsmear, perbezaan  pada serviks akan semakin cepat diketahui sehingga memberikan hasil rawatan semakin baik. Selain itu, pencegahan terhadap kanser serviks dapat dilakukan dengan program skrinning dan pemberian vaksinasi. Vaksin HPV akan diberikan pada perempuan usia 10 hingga 55 tahun melalui suntikan.

VaksinHPV

Gejala

1. Pendarahan

Kira-kira 70% -80% pesakit kanser serviks ada timbul gejala pendarahan faraj. Kebanyakan berlaku selepas hubungan seksual atau terlalu memaksa pada waktu buang air besar, ada darah segar bercampur dengan rembesan faraj (keputihan).

2. Pendarahan tidak teratur pada faraj

Sering adanya pendarahan tidak teratur pada faraj adalah gejala awal kanser serviks, banyak pesakit pada usia lanjut datang berubat kerana gejala ini, harus segera mendapatkan diagnosis awal kanser serviks, melakukan rawatan secara tepat waktu.

3. Rasa sakit

Pada umumnya gejala awal kenker serviks adalah rasa sakit yang sering terjadi pada perut bahagian bawah. Apabila setiap saat masa haid, buang air besar atau hubungan badan rasa sakit meningkat anda sebaiknya cepat-cepat memeriksakan keadaan serviks anda ke doktor.

4. Peningkatan rembesan faraj (keputihan)

Kajian menunjukkan kira-kira 75% -85% pesakit kanser serviks mengalami peningkatan rembesan faraj yang diikuti dengan perubahan bau dan warnannya. Keputihan abnormal semacam ini, adalah gejala awal kanser serviks.

Untuk anda yang belum sama sekali mengalami gejala-gejala ini, bukan bererti anda tidak akan terkena kanser serviks. Pencegahan dan menjauhi faktor-faktor penyebab penyakit ini adalah sesuatu yang wajib dilakukan oleh para wanita untuk meminimumkan kemungkinan terkena kanser pangkal rahim ini.

Apabila anda mengalami gejala-gejala yang menunjukkan kanser serviks, segeralah periksakan kepada doktor pakar kanser serviks.