Gossip, Gossip Tempatan, Pilihan

[ Hiburan ] Nora Danish nak kahwin? Idam tema kahwin ala filem Twilight

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
[ Hiburan ] Nora Danish nak kahwin? Idam tema kahwin ala filem Twilight

Picture1A

Menceritakan pengalaman beliau menjalani kehidupan dalam perkahwinan pertama yang mematangkan dirinya, Nora Danish sebelum ini menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang mudah tetapi beliau silap.Β Baginya, tanpa persediaan daripada kedua-dua belah pihak, sesuatu perkahwinan tidak akan berjaya. Tanggungjawab seorang isteri juga lebih besar daripada apa yang dijangkanya sebelum ini.

Menurut Nora, isteri harus banyak membaca buku agama untuk memahami tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Malah, Nora banyak belajar daripada perkahwinan pertamanya. Dia mengaku yang satu ketika dahulu dia ada salahnya dan ego kerana masih muda untuk berfikir panjang.

Bagaimanapun Nora Danish tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin untuk kali kedua dan mengimpikan majlis perkahwinan kedua beliau nanti berkonsepkan perkahwinan Edward & Bella dalam filem Twilight. sumber

Komen Anda