Fesyen, Pilihan

Nak tahu cara artis korea jaga wajah mereka? kami ada langkah gunakan cleanser, toner dan moisturizer yang betul

Malisa Aina
/
P.E.T.I.T.E
Nak tahu cara artis korea jaga wajah mereka? kami ada langkah gunakan cleanser, toner dan moisturizer yang betul

5cuci

Apa langkah yang penting dalam perawatan muka? Semestinya langkah atau cara yang betul menggunakan cleanser, toner dan moisturizer. Setiap wanita perlu melakukan 3 perkara ini ketika membuat perawatan muka. Tanpa 3 perkara ini rasa seerti tidak lengkap pula. Tapi tidak semua tahu langkah penggunaannya yang betul, maksud saya cara cuci muka dengan betul, penggunaan toner dan moisturizer yang betul. Penting untuk mengetahuinya agar wajah anda tidak lagi dicemari dan kotor. Kami tunjukkan langkah yang betul untuk menggunakan cleanser, toner dan moisturizer.

1. Mula-mula sekali, haruslah dimulakan dengan Bismillah, baru dapat berkat. Ikat rambut supaya tidak menghalang muka. Cuci tangan terlebih dahulu sehingga bersih. Jangan sesekali menyentuh muka anda ketika tangan kotor.

2. Lepas itu, ambil pencuci muka dan basahkan dengan air, silalah buihkan dulu banyak banyak kat tangan, selepas itu bolehsapukan dekat muka. Cara urutan yang betul bolehΒ  dilihat di gambar, anda harus tekankan kawasan dahi dan t zone. Urut perlahan-lahan dan jangan menekannya sama sekali.

facial_20

t zone and forehead

3. Selepas itu, cuci muka anda dengan air suam terlebih dahulu. Lepas itu, barulah cuci muka dengan air sejuk.

4. Lap muka anda dengan tuala yang bersih. Kalau boleh sediakan tuala yang khas untuk muka sahaja.

5. Sekarang anda boleh gunakan toner. Ambil kapas, picitkan sedikit toner. Tidak perlu picit di keseluruhan kapas, sedikit saja sudah memadai. Lap perlahan-lahan, sekali lagi beri perhatian di dahi dan t zone.Β  Bila rasa sudah kena di semua bahagian, boleh buang kapas.

6. Biarkan muka kering dan jangan sesekali basuh toner.

7. Akhir sekali, gunakan moisturizer. Letakkan di seluruh muka dan urut perlahan-lahan. Selesai. SUMBER

Kami tunjukkan sekali cara artis korea, Miss A Suzy cuci muka.

ec9db4ebafb8eca780-9

1. Pertama sekali, ambil cleasing oil, urut di muka selama 4 minit. Cukup 4 minit okay. Cleanser yang biasa anda gunakan.

2. Buihkan pencuci muka, letakkan di muka dan urut selama 2 minit.

3. Lepas tu, bolehlah cuci muka dengan air selama 4 minit. tapi 2 minit pakai air suam, 2 minit lagi pakai air sejuk tau. Kenapa? Sebab air sejuk tu nak tutup pori muka. Selesai. SUMBER

Seorang ahli kumpulan SNSD, Sooyoung bagi tips, dia cuci muka dengan pencuci muka pada waktu malam je. Pada waktu pagi dia cuma cuci muka dengan air biasa. Sebab masa malam, muka tak terdedah sangat dengan kotoran. Sooyoung tidak menggunakan mana-mana produk pembersihan pada waktu pagi, kerana lebih cenderung menghapuskan kelembapan dan menyebabkan minyak berlebihan. SUMBER

β€Ž

2013021223445486166_1

Komen Anda