Acara, Fesyen, Pilihan

[Info / Fesyen ] Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2013 ( KLFW RTW 2013 ) dari 19 hingga 23 Jun 2013

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Info / Fesyen ] Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2013 ( KLFW RTW 2013 ) dari 19 hingga 23 Jun 2013

klfw13-2

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2013 atau lebih dikenali dengan KL Fashion Week 2013 bakal berlangsung pada 19 hingga 23 Jun 2013 di Pavilion Kuala Lumpur dan ianya telah dianjurkan buat pertama kali oleh Andrews Models.

Minggu RTW Week 2013 (KLFW) bakal memperlihatkan pereka fesyen terkenal dan juga pereka fesyen muda tempatan mempamerkan koleksi Ready-To-Wear terbaru mereka dalam acara 5 hari di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur itu.

Tumpuan dalam Minggu Fesyen KL ini adalah pada pakaian yang dihasilkan tanpa apa-apa perubahan yang ketara, yang dibuat kepada saiz standard badan rakyat Malaysia dan sesuai dengan menggunakan corak standard, serta teknik-teknik pembuatan yang lebih pantas untuk mengekalkan kos rendah berbanding dengan pakaian yang ditempah lebih dahulu yang harganya lebih mahal. Dengan kata lain, baju yang cantik, terkini dan boleh dimiliki dengan harga berpatutan.

Pertunjukan Fesyen Kuala Lumpur 2013 bakal disertai oleh lebih 40 pereka fesyen tempatan seperti Mimpi Kita, Rubaq, Nurita Harith, Andy Sulaiman, Radzuan Radzwill, Jovian Mandagie, Jasmi Rejab, Syomir Izwa, Innai Red, Tom Abang Saufi, Bon Zainal, Fairuz Ramdan, Rico Rinaldi, Amir Luqman dan ramai lagi.

KLFW SHOWTIMES

Selain dari itu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda sertai iaitu acara Fashionably KL dengan konsep Pop Up Store di Parkamaya Asian Fashion Retail Concept Store, yang akan berlangsung dari 19 Jun – 30 Jun 2013 di dalam pusat membeli belah Fahrenheit88 mana banyak jenama tempatan akan mempamerkan koleksi mereka dalam gerai khas untuk memperkenalkan produk mereka pada pengunjung dengan lebih dekat.

Dapatkan tiket untuk menyaksikan pertunjukan fesyen 

Lotus dan KLFW akan memberikan beg cenderahati percuma dan mengadakan pertandingan untuk memenangi tiket ke pertunjukan KL Fashion Week 2013  setiap hujung minggu dari 1 Jun 2013 – 20 Jun 2013 dalam pertandingan Lotus’ Drive In Style. Kereta-kereta ini akan berhenti di Pavilion dan Fahrenheit 88 pada jam 1 petang hingga 7 petang.

Sebarang maklumat tambahan , anda boleh layari www.klfashionweek.com, www.facebook.com/klfashionweek.

klfw13-3

klfw13

Komen Anda