Kesihatan, Tips

[ Kesihatan ] 5 Petua Menarik Tanpa Gunakan Ubat Pil Yang Perlu Anda Ketahui

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ Kesihatan ] 5 Petua Menarik Tanpa Gunakan Ubat Pil Yang Perlu Anda Ketahui

main-pic

IKLAN

Tidak kiralah petua kesihatan tradisional mahupun moden, penjagaan kesihatan amat penting. Ruangan gaya sihat kali ini memaparkan 5 petua menarik tanpa menggunakan ubat pil yang ingin dikongsikan kepada anda semua. Selamat mencuba!

1. Petua Sakit Tekak

Memang tidak selesa sekiranya tekak berasa sakit. Sukar untuk menelan terutamanya pabila minum dan makan. Antara petua yang dapat menghilangkan sakit tekak adalah dengan menggunakan asam jawa. Mudah saja! Hanya perlu campurkan air bersama asam jawa dan kacau hingga sebati. Selepas itu, tapis asam jawa tersebut dan ambil airnya. Sebaiknya, minum air tersebut setiap hari sehingga kurang rasa sakit tekak.

2. Petua Melegakan Batuk

Batuk tidak henti sememangnya amat meletihkan dan ianya boleh menyebabkan kekejangan di perut . Batuk yang berterusan menyebabkan sukar untuk bercakap. Bagi mengatasi masalah ini, ambil helaian daun pudina dan campurkan kedalam air panas bersama gula batu. Kemudian, minum airnya. Amalkan petua ini setiap hari sehingga batuk anda lega.

3. Petua Menghilangkan Selsema

Tidak selesa rasanya pabila hidung berair tambahan lagi jika hidung tersumbat. Perahkan limau nipis ke dalam air teh panas atau suam tanpa menambah gula. Kemudian, minum air tersebut. Jika anda sukar untuk menelan minuman masam, ambil batang sirih. Kemudian, lap batang sirih tersebut hingga bersih. Tumbukkan ia sehingga mengeluarkan lendir dan sapukan lendir itu di bahagian kawasan hidung anda. Lakukan antara dua petua ini secara berterusan sehingga selsema anda sembuh.

4. Petua Sukar Tidur

Bagi mereka yang sering berjaga malam akibat susah tidur, ia akan menyebabkan badan berasa lemah di siang hari. Banyak khasiat yang terdapat pada buah pala antaranya ia dapat mengatasi masalah sukar untuk tidur. Parut buah pala dan kemudiannya campur dengan sedikit air. Tekapkan buah pala tersebut di ubun-ubun kepala. Disamping itu juga, berikan haruman aroma terapi di bilik bagi memberikan suasana tenang kala anda beradu.

IKLAN

5. Petua Melegakan Sakit Kepala

Sukar melakukan sesuatu perkerjaan pabila kepala sakit atau pening. Selain daripada memakan ubat, sekali-sekala apa salahnya menggunakan petua cara tradisional. Perahkan asam bersama air dan kemudian ambil airnya. Air asam tersebut dicampurkan bersama secawan air santan kelapa dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, lumurkan campuran tersebut di seluruh kepala. Kemudian, bungkuskan kepala dan tunggu sehingga tuala tersebut kering. Akhir sekali, bersihkan kepala dengan air dan syampu rambut.