Gossip, Gossip Tempatan, Info Menarik, Pilihan

[ Gossip ] Adira af nafikan bertudung, dakwa akaun facebook jadi mangsa pengodam

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ Gossip ] Adira af nafikan bertudung, dakwa akaun facebook jadi mangsa pengodam

04-Adira-Nafi-Sudah-Berhijrah-ROTIKAYA

IKLAN

Beberapa hari ini tersebar di Facebook khabar angin yang mengatakan Adira AF kini sudah berhijrah dan telah mengambil keputusan untuk kekal bertudung selepas mengalami satu mimpi yang menginsafkan. Ramai yang mengongsikan kembali tulisan di Facebook Adira tersebut kerana menyambut baik ‘keputusan’ oleh penyanyi kesayangan mereka itu. Namun hari ini Adira menafikan semua khabar angin tersebut.

“Untuk makluman semua, akaun Facebook saya telah pun digodam. Ini adalah kali kedua akaun saya Facebook saya digodam & kali ini saya tidak dapat menggunakannya lagi”

“Sejak akaun Facebook tersebut digodam, macam-macam kenyataan yang keluar di situ, termasuklah kenyataan yang kononnya saya telah pun berhijrah serta berhijab (bertudung),” jelas Adira lagi.

Adira

“Isu tersebut timbul setelah mereka melihat saya bertudung sewaktu menghadiri kelas agama Usrah Fitrah. Memang betul saya telah bertudung sewaktu menghadiri kelas agama tersebut”

Adira turut menyebut yang dia belum berfikir untuk berhijrah tetapi tidak menolak kemungkinan di’satu masa nanti selain meminta semua mendoakan yang terbaik buat diri beliau.

01-Adira-Nafi-Sudah-Berhijrah-ROTIKAYA

IKLAN