Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ #AzminReveals ] Sidang media tergempar YB Azmin Ali : “Tetap bersama PKR, tolak Nepotisme”

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ #AzminReveals ] Sidang media tergempar YB Azmin Ali : “Tetap bersama PKR, tolak Nepotisme”

azmin-ali

YB Azmin Ali telah membuat satu sidang akhbar tergempar hari ini. Sidang media yang sepatutnya bermula jam 11 pagi lewat 1 jam kerana beliau dikatakan sedang dalam proses rundingan dengan pihak PKR. Sidang media ini dibuat bertujuan untuk memberitahu umum mengenai kemelut yang melanda serta khabar angin mengenai kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dan kesetiaan saya kepada Pakatan Rakyat di peringkat Negeri dan Persekutuan dan menggambarkan beliau akan meletakkan jawatan dalam Parti dan sebagai wakil rakyat yang dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Menurut beliau lagi :

1. Khabar angin ini dimulakan oleh pihak UMNO dari Barisan Nasional. Mereka ingin menuduh beliau sebagai individu yang tidak bertanggungjawab, yang akan meninggalkan Parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik, seterusnya mengkhianati amanah yang diberikan kepada beliau oleh rakyat.

2. Dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, pihak tidak bertanggungjawab ini bersungguh membina persepsi beliau terlalu kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan  akan menyertai UMNO sekiranya tidak mendapat jawatan tersebut. Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti beliau.

3. Cita – cita kepada jawatan politik bukanlah satu jenayah. Bahkan ianya satu motivasi kepada setiap orang yang terjun ke dalam kancah politik. Dengan syarat cita – cita tersebut mestilah berlandaskan niat untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik dan lebih berkesan.

4. Hasrat untuk memegang jawatan termasuk jawatan Menteri Besar semestinya tidak didorong oleh motif peribadi untuk bermegah – megah dan memperolehi kekuasaan. Motif tersebut akan merosakkan jiwa, merendahkan martabat diri dan mengaburkan pandangan untuk melihat yang benar dari yang salah, yang baik dari yang jahat dan tidak dapat membezakan kepentingan peribadi dan kepentingan rakyat.

5. Seorang Menteri Besar yang tidak mempunyai prasangka buruk terhadap masyarakat perniagaan kerana mereka adalah penjana pertumbuhan ekonomi, pencipta kekayaan dan pekerjaan. Dalam penggal kedua, Pakatan Rakyat perlu melakukan reformasi pentadbiran.

6.  Beliau ingin menafikan tohmahan yang dilontarkan oleh pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya beliau kemaruk dengan jawatan Menteri Besar. Sekiranya beliau kemaruk dengan jawatan tersebut , beliau telah menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 menyusul Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, yang mana Dato’ Seri Anwar sendiri telah meminta beliau bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana parti sangat tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar Negeri Selangor. Aduan diterima dari penjawat awam dan masyarakat perniagaan yang merungut dengan amalan birokrasi yang melampau dan bukan pentadbiran yang bersifat reformasi. Tetapi beliau dengan tegas menolak arahan tersebut kerana ia akan mengoncang kestabilan parti.

7. Beliau telah mencadangkan kepada Biro Politik untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi bagi membantu melicinkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

8. Isunya bukanlah Azmin Ali dipilih sebagai Menteri Besar Negeri Selangor. Isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor mestilah melalui perbincangan yang telus seperti yang dituntut oleh al-Quran Surah Assura ayat 38: Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. Jelas dalam proses memilih calon Menteri Besar anjuran al – Quran ini tidak dipatuhi.

9. Saya tidak mahu amalan nepotisme membudaya dalam KEADILAN. KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. KEADILAN bukan milik individu atau keluarga tertentu. Parti ini adalah milik rakyat. Apabila parti ini menyimpang dari prinsip maka ia akan ditinggalkan oleh rakyat. Oleh kerana itu, setiap kesilapan yang berlaku itu harus ditegur demi kepentingan parti secara keseluruhannya.

10. Beliau sekali lagi ingin menegaskan bahawa beliau tidak pernah menjadi pemimpin UMNO dan saya hanya berkhidmat kepada seorang tokoh UMNO yang yakin berwibawa, memiliki gagasan, berintegriti dan layak menjadi Perdana Menteri Malaysia. KEADILAN adalah sebuah parti pelbagai kaum yang berteraskan nilai – nilai Islam dan nilai – nilai universal.

11. Akhir sekali, kepada saudagar khabar angin ini, beliau ingin menegaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih lagi. Beliau tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan dari jawatan parti dan wakil rakyat apatah lagi meninggalkan perjuangan rakyat ini.

Sumber : Blog Azmin Ali

Leave a Reply
Your email address will not be published. *