Berita & Isu Semasa, Pilihan

Amaran : Sesiapa Sebarkan Hasutan Di Media Sosial Akan Ditangkap

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Amaran : Sesiapa Sebarkan Hasutan Di Media Sosial Akan Ditangkap

pdrm

Bagi mereka yang ingin menimbulkan kekacauan dan hasutan di media sosial, lupakan hasrat anda. Pihak polis telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi dimana mereka tidak akan teragak-agak untuk menangkap mana-mana individu bertanggungjawab menyebarkan apa-apa bahan bersifat hasutan atau mengajak orang ramai bertindak ganas yang boleh menjejaskan keselamatan negara di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj Ismail Hj Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa memantau sebarang maklumat, pendapat atau artikel yang menyentuh isu-isu sensitif yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.

Menurutnya, isu sensitif berkenaan turut dirujuk kepada komen berbaur perkauman, agama dan perkara bersifat hasutan dan dianggap sebagai cubaan mengkucar-kacirkan negara dengan menimbulkan rasa takut dalam kalangan orang ramai dan keadaan yang huru-hara. Polis juga tidak akan membenarkan sebarang bentuk perhimpunan yang menyalahi atau menentang pelaksanaan undang-undang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Sebelum ini pihak polis telah menahan dua individu yang berumur 38 tahun iaitu blogger Jason King dan juga Papagomo bagi membantu siasatan atas kesalahan memfitnah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kenyataan berunsur perkauman.

Jadi, semua pemilik twitter dan blogger dinasihatkan agar berhati-hati ketika memuat naik sebarang komen dan kalau boleh jangan memuatnaik komen berunsur hasutan ataupun perkauman. Kita mahu hidup aman damai dalam negara ini, janganlah timbulkan sebarang provokasi ya.

 Sumber FB PDRM

IKLAN
IKLAN