Berita & Isu Semasa, Pilihan

Isu sebarkan khabar angin: Peguam PKR sahkan penahanan blogger Milo Suam ( bergambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Isu sebarkan khabar angin: Peguam PKR sahkan penahanan blogger Milo Suam ( bergambar )

milosuam-spr

Peguam PKR,  R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya.

“Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil.Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi,” jawab beliau ringkas.

undipos-milosuam

Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya. Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  

Gambar kertas undi yang disiarkan dalam blog ( rujuk gambar di atas ) tersebut sebenarnya undi pos bukannya undi awal seperti yang didakwa. Undi pos boleh dijalankan secepat mungkin pada bila-bila masa selepas kertas undi diedarkan tetapi undi awal pula kebiasaannya untuk individu yang terpaksa bertugas pada hari mengundi yang mana tarikh yang ditetapkan SPR ialah 30 April ini. Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh empat hari sejak penamaan calon sehingga semalam, polis telah menerima 906 laporan dan membuat 25 tangkapan membabitkan kesalahan pilihan raya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam. Polis turut menyiasat kes ini mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *