Berita & Isu Semasa, Pilihan

Mantan PM Najib Razak pemimpin politik ke-11 paling popular di dunia… Biar betul?

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Mantan PM Najib Razak pemimpin politik ke-11 paling popular di dunia… Biar betul?

anwarnajib

Hebat! Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet “Socialbakers”. Fakta ini agak kurang tepat sebenarnya. (selepas kami meneliti statistik di laman web itu sendiri ) Walau bagaimanapun, kami rasa mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin menjadi pemimpin politik paling popular JIKA pada masa itu ada internet.

“Ini menggambarkan Perdana Menteri populis (popular) bukan sahaja di Malaysia malah juga dunia,” kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pemantauan Socialbakers (www.socialbakers.com) twitter Najib (@NajibRazak) mencatatkan jumlah pengikut yang tertinggi dengan 1.5 juta selain mencatatkan 100,312 pengikut baru bulan lepas. 

socialbaker-najibrazak

Selepas Najib ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan 477,893 pengikut, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketiga dengan 278,535 pengikut dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dengan 264,734 pengikut di twitter.  Untuk laman Facebook Najib mencatatkan jumlah “like” kedua tertinggi selepas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Bernama

Ini faktanya :

dsai

Untuk melihat sejauh mana kebenaran ini, kami pun meneliti statistik di laman Socialbakers dan mendapati fakta yang ditulis oleh Bernama agak tersasar sedikit. Mengikut laman web itu, mantan PM Dato Seri Najib Tun Razak menduduki tangga ke 16 untuk peminat FB paling ramai dalam kategori politik iaitu seramai 1,654,578 orang manakala peminat FB dalam kategori politik yang paling ramai di Malaysia adalah Dr Mahathir Mohamad dengan 2,086,892 peminat. Tetapi, ketua Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai bilangan peminat  FB yang paling meningkat dalam masa yang singkat iaitu seramai 27,000 orang dalam masa satu hari dengan peminat FB seramai 613,443 orang.

IKLAN

 

IKLAN