Gossip, Gossip Tempatan, Info Menarik, Pilihan

[ Hiburan/PRU13 ] Industri Filem & Muzik Hancur Jika PAS Berkuasa – Norman KRU

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
[ Hiburan/PRU13 ] Industri Filem & Muzik Hancur Jika PAS Berkuasa – Norman KRU

FMQdG

Jika Azhar Sulaiman mengecam penyokong Pakatan Rakyat, lain pula bagi Norman Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Norman KRU.

Abang kepada Yusry dan Edry ini semalam dilihat mengecam parti pembangkang iaitu PAS apabila dia mendakwa industri muzik dan perfileman tempatan akan musnah jika PAS memegang tampuk pemerintahan negara.

“Sorry ye, apa yg saya tweet ni mesti penyokong PR tak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur,” ujar Norman dipetik dari laman Twitternya.

Screen-Shot-2013-04-29-at-8.20.02-AM

Tak cukup disitu, Norman turut menambah, pengeluaran muzik dan filem antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas.

Screen-Shot-2013-04-29-at-8.27.06-AM

Wah, nampaknya kini semakin ramai artis yang lantang bersuara melalui medium sosial. Sebagai seorang yang neutral, adakah anda setuju dengan tindakan mereka ini?

Atau mungkin artis sepatutnya memberikan pendapat dan pandangan yang lebih baik tanpa menyentuh sensitiviti serta ‘menembak’ mana-mana pihak?

FAIZAL TAHIR & AHMAD IDHAM RESPON KENYATAAN NORMAN KRU

Nampaknya, bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan para peminat Norman KRU yang tidak bersetuju dengan kenyataannya. Malah, rakan selebriti iaitu Ahmad Idham dan Faizal Tahir turut bersuara menolak pendapat Norman.

Menerusi akaun Twitter kedua-dua selebriti tersebut, pengarah, Ahmad Idham dan juga penyanyi, Faizal Tahir, telah menulis kenyataan yang dilihat secara jelas tidak setuju dengan kenyataan Norman KRU.

Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya menulis, “Some people have seriously got to be kidding me by saying industry filem dan muzik akan hancur kalau bertukar tangan pimpinan.”

Faizal turut menambah, “Dr seorg ‘org lama’ industri – ‘kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akn hancur’ Hahaha”

Screen-Shot-2013-04-29-at-11.59.32-AM

Ahmad Idham pula menerusi akaun Twitternya juga dipercayai menulis tweet dibawah selepas Norman menulis kenyataannya di laman Twitter.

Screen-Shot-2013-04-29-at-12.00.24-PM

Nampaknya, ramai selebriti yang tidak berapa setuju dengan kenyataan Norman KRU. Dijangkakan lebih ramai lagi yang tidak bersetuju, namun mungkin mereka mengambil jalan untuk tidak terlibat dalam isu ini. – ohbulan

 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *