Acara, Kesihatan, Pilihan, Tips

Kesihatan : Hanya Dua Sudu Bran Oat Sehari Mampu Mengekalkan Tubuh Badan Yang Sihat dengan Active Oat 35™

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
Kesihatan : Hanya Dua Sudu Bran Oat Sehari Mampu Mengekalkan Tubuh Badan Yang Sihat dengan Active Oat 35™

58858_511970975505770_641384821_n

Umumnya, ramai yang mengetahui bahawa oat mampu mengurangkan kadar kolesterol. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bahawa untuk mendapatkan keputusan yang sepenuhnya, seseorang perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga mangkuk oatmil sehari, selama enam puluh hari berturut-turut. Mustahil bukan? Sekarang tidak lagi, dengan adanya Active Oat 35™ keluaran kordel’s, anda hanya perlukan dua sudu penuh serbuk bran oat Active Oat 35™ untuk menikmati khasiat oat yang sepenuhnya dan pengurangan kolesterol di dalam tubuh badan.

k7

Active Oat 35™ keluaran Kordel’s dihasilkan daripada oat yang bermutu tinggi. Elemen Beta- Glukan yang diesktrak daripada oat telah melalui proses penyaringan bebas bahan kimia dan bebas etanol di Sweden sebelum ia diproses kepada serbuk mudah larut. Proses ini menukarkan keperluan tiga mangkuk oatmil untuk menikmati khasiatnya kepada hanya dua sudu saja.

k8

Apakah kelebihan Active Oat 35™?

Kualiti Oat Premium

Kualiti Active Oat 35™ yang unggul bermula dengan PromOat iaitu serbuk bran oat mengandungi 35 % Beta Glukan yang diekstrak dariada oat-oat yang bermutu tinggi dan tidak diolah dari Sweden. Bran Oat, iaitu lapisan luar oat mengandungi lebih banyak faedah dan khasiat berbanding oatmil yang terhasil daripada bijian oat kerana ia mengandungi serat boleh-larut Beta-Glukan yang tinggi.

Kadar Penyerapan Yang Lebih Baik

Faedah pengurangan kolesterol Beta-Glukan adalah bergantung kepada penambahan kepekatan di usus kecil. Beta-Glukan daripada Active Oat 35™ diekstrak khusus menggunakan proses bebas-kimia bebas-ethanol yang telah dipatenkan, yang mampu mengekalka kebaikan Beta-Glukan Bran Oat. Active Oat 35™ bukan saja mampu mengurangkan kadar kolesterol secara bersih dan semulajadi, ia juga mampu memberi penyelesaian yang mudah kepada pengguna yang ingin memperoleh khasiat Oat Beta-Glukan yang tinggi.

Rasanya Yang Enak

Bagi mereka yang telah mencuba oatmil sebelum ini dan tidak menyukainya, Active Oat 35™ memberi peluang untuk menukar persepsi tersebut. Warna, rasa dan tekstur yang neutral menjadikan produk ini senang diterima oleh para pengguna. Ianya boleh juga dimakan bersama-sama dengan air atau dibuat jus buah-buahan.

Active Oat 35™ sekarang boleh didapati seluruh farmasi terkemuka di seluruh Malaysia pada harga RM65.00. Kunjungi farmasi berdekatan anda hari ini untuk mendapatkan 3g Beta-Glukan setiap hari dengan Active Oat 35™.

Komen Anda