Cinta & Perhubungan

Sering Bergaduh Dengan Kekasih? Mungkin Anda Sendiri Menjadi Penyebabnya!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Sering Bergaduh Dengan Kekasih? Mungkin Anda Sendiri Menjadi Penyebabnya!

Pertengkaran dalam sebuah hubungan percintaan adalah perkara yang biasa dialami oleh semua pasangan. Tak ada pasangan yang perfect dan sempurna. Namun, jika pergaduhan terus berlaku, ia adalah perkembangan yang tidak sihat dalam satu perhubungan cinta. Pertengkaran antara anda dengan pasangan tidak semestinya disebabkan oleh kesalahan si dia. Boleh jadi pergaduhan yang timbul adalah kerana perangai anda sendiri.

Berikut adalah 6 penyebab dari kita sendiri yang mungkin boleh menjadi pencetus pertengkaran dengan kekasih anda.

1. Bersikap Ego

Ego, keras kepala dan tidak mahu mengalah adalah penyebab utama pertengkaran. Oleh sebab itu, seboleh mungkin semasa anda dalam perhubungan cinta dengan si dia, tanamkanlah dalam diri anda sikap mengalah. Ingatlah, anda dan dia sedang dalam proses perkenalan dan memerlukan penyesuaian dan hal tersebut memerlukan waktu yang cukup lama.

2. Melebih-Lebihkan Masalah

Berlebihan dalam menanggapi sebuah persoalan sudah dapat dipastikan akan membuat segala sesuatunya menjadi rumit. Lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat pasangan bersalah dan mengakui kesalahannya, anda akan seboleh-boleh tidak mahu meminta maaf dan mungkin dia boleh meninggalkan anda kerana bosan dengan sikap anda.

3. Posesif dan Sering Curiga

Harus diakui, sangat sukar untuk tidak posesif dan curiga kepada pasangan apalagi saat masih dalam fasa perkenalan. Namun, jika anda ingin hubungan berkekalan, kedua hal ini haruslah anda buang jauh-jauh. Tanamkan sikap percaya pada pasangan anda biarpun sukar. Jika anda terlalu posesif, takut pula si dia tidak selesa dan menyebabkan kamu berdua salah faham dan bertengkar.

Mengesyaki setiap masa dan menuduh yang bukan-bukan adalah selalunya dibuat oleh pasangan yang pernah curang pada kekasihnya sendiri. Jadi, berhentilah berfikir macam-macam mengenai si dia.

4. Kurangnya Waktu Bertemu

Terlalu mengagungkan alat telekomunikasi adalah sebuah kesalahan besar. Walaupun sekarang ini ada teknologi voice chat, skype, video call, bertemu muka dengan muka adalah sangat perlu. Seboleh mungkin satu minggu sekali , berkomunikasilah secara langsung dengan kekasih anda.

5. Terlalu Sibuk Bekerja

Menjadi kekasih yang memikirkan masa depan adalah baik. Tetapi jika kerana hal ini, anda tidak punya masa berjumpa, jangan salahkan kekasih anda jika dia akan memarahi anda. Cubalah susun semula jadual kerja anda dan si dia. Usahakan mempunyai masa lapang, sekurang-kurangnya di hujung minggu untuk bertemu.

6. Masih Membicarakan Tentang Bekas Kekasih

Beberapa orang mungkin menganggap berborak mengenai bekas kekasih masing-masing adalah hal biasa, tetapi tidak semua orang suka mendengarkannya. Jangan membuat kekasih anda jengkel dengan kebiasaan anda yang kerap bercerita mengenai kisah anda dahulu dengan bekas kekasih anda. Hormati dan jaga perasaan kekasih anda yang ada sekarang. Dengan berbuat seperti itu, anda menunjukkan bahawa anda benar-benar mencintai dia.

BACA  Bercinta Semula Dengan Mantan Kekasih? 4 Hal Kena Peka
Leave a Reply
Your email address will not be published. *