Uncategorized

Wartawan RTM mati diserang penyokong politik di Gua Musang, Kelantan

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Wartawan RTM mati diserang penyokong politik di Gua Musang, Kelantan

pru

Wartawan sambilan RTM,  Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di  hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang  dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.  Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya  dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.   Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah  mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau  ditumbuk.

“Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut  dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta  pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti  telah datang dan menyuraikan keadaan. Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di  bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya  meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua  Musang dan disahkan meninggal dunia dalam  perjalanan,” katanya ketika dihubungi di sini hari  ini.
Allahyarham sebelum ini telah disahkan  menghidap sakit jantung dan darah tinggi.  Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat  liputan program calon Barisan Nasional (BN)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz  Yusoff.  Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada  sebarang pengesahan daripada pihak polis. – Utusan

Menurut blog ini pula, berlaku in berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya. Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

 

 

IKLAN