Info Menarik, Pilihan

Stesen radio Red FM dikecam di FB gara-gara siarkan iklan berunsur politik

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Stesen radio Red FM dikecam di FB gara-gara siarkan iklan berunsur politik

Tinggal kurang dari dua minggu pilihanraya umum ke 13 Malaysia bakal diadakan dan semua parti dan calon yang bertanding semakin rancak berkempen untuk memenangi undi rakyat. Tetapi kalau semua platform pun digunakan untuk tujuan politik, rakyat pun naik muak juga, ye tak? Baru-baru ini stesen radio Red.Fm telah dikecam gara-gara menyiarkan iklan berunsurkan politik. Red FM merupakan stesen radio yang disiarkan di Semenanjung Malaysia dan juga Singapura.

Menurut kata pendengar, stesen radio Red.FM dikatakan memainkan iklan berunsurkan politik dari parti Barisan Nasional dan juga DAP pagi tadi dan ramai yang kecewa dengan tindakan mereka. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan yang dikeluarkan dari pihak stesen radio tersebut berhubung dengan insiden terbabit.

pru_redfm3
pru_redfm

 

redfm

Sumber : FB

Leave a Reply
Your email address will not be published. *