Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ PRU13 ] Muhammad Taib hina diri sendiri dengan sertai Pas

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ PRU13 ] Muhammad Taib hina diri sendiri dengan sertai Pas

97c6b296cfc2823861b5f8c6022f92c5

IKLAN

Tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib meninggalkan UMNO untuk menyertai Pas telah menghina diri dan perjuangannya selama ini.

Menurut Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, pengorbanan yang dilakukan Muhammad Taib sejak 40 tahun lalu bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) akhirnya luput begitu saja.

“Saya tidak tahu apa punca sebenar beliau keluar dari UMNO tetapi bagi saya ruang lingkup perjuangan ini sebenarnya lebih besar daripada kepentingan peribadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam beliau telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di sini. Sementara itu, pemerhati politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling pula berpendapat tindakan itu mungkin berpunca akibat kekecewaan terhadap pucuk pimpinan parti. – KOSMO