Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Politik / PRU13 ] Calon PKR didakwa jual pil kuda

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ Politik / PRU13 ] Calon PKR didakwa jual pil kuda

hadiawang540px_5

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masalah pertindihan kerusi di beberapa tempat antara pakatan pembangkang pada hari penamaan calon Sabtu lalu adalah disebabkan kebimbangan Pas terhadap kemungkinan ada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlibat dalam jenayah serta berfahaman songsang.

Menurutnya, Pas tidak berniat untuk menentang calon yang dikemukakan oleh rakan sekutunya, PKR tetapi tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan adanya calon-calon tangkap muat hingga menyebabkan pelbagai kemungkinan buruk berlaku.

Abdul Hadi mendakwa, pihaknya mendapat maklumat ada calon-calon tertentu membuat kerja ‘haram’ dan mempunyai ‘fahaman’ yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

“Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana?

“Malah, ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx, letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini,” katanya lagi.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti calon berkenaan. Pertindihan membabitkan calon-calon pakatan pembangkang tersebut melibatkan satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – KOSMO

IKLAN

IKLAN