Cinta & Perhubungan, Tips

[ Cinta & Perhubungan ] Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
[ Cinta & Perhubungan ] Jenis-Jenis Manja Seorang Perempuan

comwtruyennguoilon18-1360231856-1

Yes, perempuan manja!!! Hampir semua lelaki sukakan perempuan manja tapi tidak kisahlah asalkan manja bertempat dan tidak berlebihan. Tapi yang sebenarnya, semua perempuan ada ciri manja ni. Yang membezakan cuma banyak atau sikit. Jom kenali jenis manja seorang perempuan.

TERLALU MANJA

Mungkin pada awal perhubungan, lelaki suka kepada perempuan yang manja tetapi lama-kelamaan mereka akan mudah bosan dengan sikap kamu yang terlalu manja. Human Hair Wigs online Lelaki ini adalah kaum adam yang mudah menjadi bosan. Awas, sikap kamu yang terlalu manja ini boleh dijadikan alasan buat si dia untuk berpaling kepada yang lain. Jangan menyesal di kemudian hari.

BUAT-BUAT MANJA

Sifat manja sebegini juga tidak berapa digemari lelaki. Bukan apa, Human Hair Wigs shop jika kamu bersikap demikian kamu tidak akan kelihatan natural tetapi kelihatan mengada-ngada dan hanya membuatkan si dia berasa sakit hati saja. Kamu perlu tahu kalau lelaki merajuk lagi susah nak pujuk.

MANJA SEPERTI KEANAK-ANAKAN

Pasti teman lelaki kamu akan cbut lari sekiranya kamu mempunyai sifat begini. Sikap kamu yang suka merengek seperti kanak-kanak kecil pasti akan memalukan dirinya terutama apabila berada di khalayak ramai. Jangan marah kalau dia meninggalkan anda begitu saja.

MANJA BERTEMPAT

Sifat inilah yang paling digemari oleh lelaki. Mereka suka perempuan yang boleh bermanja dengannya, tetapi pada masa yang sama taHu situasi atau waktu yang sesuai untuk bermanja. Bagi orang lelaki, mereka suka perempuan yang boleh berdikari. Gadis yang memiliki sifat begini akan lebih diburu lelaki. Lelaki memang terkenal dengan sifat ego. Mereka hanya akan memanjai kamu tetapi mereka juga tidak suka dengan sikap kamu yang membuatnya seperti hamba atau malukan dia di khalayak ramai.

JANGAN SELALU MINTA DIMANJAKAN

Perempuan memang mengharapkan diri mereka dimanja dan ditatang bagai minyak yang penuh. Apabila menghadapi masalah, gadis mengharapkan pujukan daripada lelaki. Sayangnya tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus faham situasi ini. Jika si dia berusaha memujuk jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya. Kebanyakan laki akan angkat bahu, angkat tangan dan menggeleng tidak tau. Jika kamu berdegil. Sesekali tidak mengapa tetapi jang diamalkan selalu. Kamu hanya membuatkan teman lelaki pening kepala melayan karenah kamu.

ASYIK MINTA DIMANJA

Lelaki agak berbeza berbanding perempuan. Biarpun dia mencintai kekasihnya, ini bukan alasan untuk lelaki memanjakan kekasihnya setiap saat, setiap minit dan setiap hari. Mungkin ada perempuan yang mengharapkan kekasihnya melakukan semua ini bagi membuktikan rasa cinta. Jika ingin menjadi kekasih yang baik, perempuan ataupun lelaki perlu memberikan ruang kepada pasangan masing-masing untuk melakukan kegiatan hariannya atau kegemarannya bersama kelompok sejantina. Bayangkan tentu lelaki akan rimas dan malas melayan jika perempuan asyik mahu berkepit  apatah lagi mahu dimanja selalu.

Komen Anda