Cinta & Perhubungan, Pilihan, Tips

Stay positive! 6 cara bagaimana mahu kekal positif selepas putus cinta

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Stay positive! 6 cara bagaimana mahu kekal positif selepas putus cinta

staypositive

Putus cinta boleh menjadi tempoh huru-hara dalam kehidupan mana-mana pasangan yang pernah bercinta. Perasaan sakit, kesedihan, kebimbangan dan putus asa boleh timbul di dalam hati  dan menyebabkan anda mengalami kemurungan dan lebih teruk lagi sakit jiwa. Berikut adalah beberapa cara di mana anda boleh kekal positif walaupun selepas putus cinta dengan bekas kekasih anda.

1. Pastikan anda meletakkan jarak dengan apa-apa yang berkaitan dengan bekas kekasih anda.
Salah satu perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk kekal positif selepas berpecah dengan teman lelaki anda adalah untuk menjauhkan diri dari dia, dan apa-apa atau sesiapa sahaja yang mengingatkan anda kepadanya. Sama ada anda telah betul-betul berpisah atau tidak, ia adalah demi kepentingan anda untuk membersihkan dia dari kenangan anda sepenuhnya. Padam dia dari memori telefon anda dan Facebook serta laman sosial lain. Juga meletakkan jauh-jauh hadiah yang dia pernah berikan kepada kamu. Ini akan membantu anda bermula dari awal dengan perspektif yang segar.

2. Menonton filem inspirasi dan membaca buku-buku motivasi
Satu kesilapan yang biasa para wanita buat adalah menenggelamkan diri dengan emosi sedih dengan menonton filem romantis atau mendengar lagu sedih. Bukan tak boleh… Tapi ini hanya akan mendorong anda lebih ke arah tekanan dan kemurungan, ia tidak akan membantu anda. Sebaliknya, jika anda membaca buku-buku motivasi atau menonton filem inspirasi anda boleh mendapatkan semula keyakinan dan sikap positif anda untuk memberi permulaan yang baru pada hidup anda. Baca kata-kata semangat atau quote di laman sosial Facebook, Tumblr ataupun Instagram untuk menaikkan semula motivasi diri anda.

stay-positive

3. Pastikan diri anda sibuk
Bersedih dalam jangka masa yang lama selepas perpisahan tidak akan membantu anda. Jika anda mahu kekal gembira dan mulakan hidup baru yang lebih baik, letakkan usaha untuk mendapatkan kehidupan yang baru. Berhubungan dengan kawan anda, pergi menonton filem, melepak di taman atau cafe, berbual bersama keluarga, pergi ke gimnasium atau membuat hobi baru, melakukan apa sahaja untuk ‘distract’ fikiran anda daripada bekas teman lelaki anda sepanjang hari. Jika anda tidak dapat mencari aktiviti yang boleh anda dilakukan,sibukkan diri dengan mengambil banyak kerja supaya tumpuan anda lari dari kesedihan akibat putus cinta.

4.Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan rapat
Kekal positif dalam kehidupan memerlukan negativity dari minda dan badan anda dibersihkan sepenuhnya. Perasaan benci dan dendam bukan saja tidak sihat untuk minda anda, tetapi juga membuatkan anda terus kekal dalam kenangan pahit dan memori bersama bekas kekasih anda. Menceritakan dan meluahkan apa yang terpendam kepada keluarga anda dan rakan-rakan boleh memberi laluan kepada pemikiran positif dan juga mereka dapat berikan nasihat yang berguna kepada anda. Dekatkan diri dengan Tuhan jika selama ini anda alpa dan minta petunjuk dari Allah swt.

positive

5. Minta pendapat dalam kumpulan yang pernah lalui pengalaman sama 
Anda boleh menyertai kumpulan sokongan dalam talian ( online group di Facebook atau forum, atau rakan )  untuk bercakap dengan seseorang yang mungkin telah melalui situasi yang sama seperti anda. Kumpulan sokongan online atau offline membantu orang ramai untuk berurusan dengan isu-isu hubungan dan berkongsi situasi anda dengan orang lain. Anda mungkin merasa mudah dan tidak malu untuk berkongsi perasaan anda kerana mereka asing bagi anda dan tidak mengenali anda secara peribadi. Anda dinasihatkan untuk menggunakan nama pena semasa menyertai perbincangan dalam internet jika anda mahu kekal anonymous sambil berkongsi perasaan anda.

6. Melakukan perkara-perkara yang anda sukai dan bekas kekasih anda benci
Satu cara berkesan yang positif selepas perpisahan anda adalah untuk mencari diri lama anda yang telah hilang. Jika anda pernah meninggalkan hobi atau tabiat lama anda yang anda sukai ( yang positif sahaja ) kerana bekas kekasih tidak sukakannya, lakukan ia kembali. Apabila anda berhenti buat benda yang anda sukai kerana kekasih anda tidak sukakannya, itu bermakna dia tidak boleh menerima siapa diri anda yang sebenarnya dan tidak layak untuk mendapat cinta dan kasih sayang anda.

Komen Anda