Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Terkini ] Pembentangan manifesto DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim | 17 April, 8.45 malam

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Terkini ] Pembentangan manifesto DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim | 17 April, 8.45 malam

bersih

IKLAN

Seperti yang dimaklumkan minggu lepas, BERSIH 2.0 telah menjemput Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentangkan manifesto gabungan masing-masing. Datanglah beramai-ramai ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, 17 April pada 8:45 malam. Kami juga akan menyiarkan perbentangan ini secara langsung melalui Google Hangout atau Ustream (bakal diumumkan).

Adakah ia benar-benar bakal terjadi? Pertembungan pucuk pimpinan dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak dan juga  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal membentangkan manifesto gabungan parti politik masing-masing. Mesti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menanti penuh debaran perdebatan antara mantan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia. Ini adalah masa terbaik untuk rakyat Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah matang dari segi pemikiran dan bersedia untuk mendengar hujah dan pandangan dari kedua-dua belah parti dan juga membuat pertimbangan rasional pucuk pimpinan manakah yang sesuai mentadbir negara Malaysia. Sudah semestinya pembentangan manifesto ini akan ditunggu-tunggu oleh semua dan lagi bagus kalau pembentangan ini disiarkan secara langsung di siaran televisyen utama. Apa pun kita tunggu lusa.

Sumber : bersih