Berita & Isu Semasa

[ Daftar Pemilih #PRU13 ] Sudah Daftar Tapi “Rekod Tidak Ditemui” : Masalah Pangkalan Data SPR?

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Daftar Pemilih #PRU13 ] Sudah Daftar Tapi “Rekod Tidak Ditemui” : Masalah Pangkalan Data SPR?

Seorang pengundi terkejut apabila mendapati nama beliau sudah hilang mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  yang terkini. Pengundi yang telah menulis kekesalannya di laman Facebook iaitu Andrew J Pan berkata beliau telah mendaftar sebagai pengundi pada 17 September 2010 dan beberapa bulan kemudian, beliau menyemak status pendaftarannya secara atas talian dan ia menunjukkan bahawa pendaftaran beliau telah berjaya dan beliau adalah seorang pengundi berdaftar.

IKLAN

Pada 11 April 2013, beliau sekali lagi pergi ke portal SPR untuk memeriksa tempat mengundi beliau, dan beliau terkejut apabila tertulis “Rekod tidak ditemui”.

Pada pukul 3 petang hari yang sama (2013/11/04), beliau melawat HQ SPR di Putrajaya, dan selepas menjelaskan kepada wanita di kaunter mengenai keadaannya, dia meminta nombor kad pengenalan beliau, yang beliau bacakan kepadanya. (Pekerja kaunter tidak mengambil kad pengenalan Andrew dan memasukkannya ke dalam pembaca)

Yang mengejutkannya, SEMUA butir-butir peribadinya di dalam sistem ada, TETAPI dia masih bukan pengundi berdaftar.

Bagaimana mungkin bagi SPR untuk mempunyai maklumat peribadi beliau di dalam sistem mereka tetapi dia bukan pengundi berdaftar dan tidak didaftarkan sebelum ini?

Penyelesaian yang telah diberikan oleh wanita di kaunter adalah untuk DAFTAR SEKALI LAGI, dan mengundi bagi pilihan raya seterusnya.

Diharap pihak SPR dapat menyelesaikan masalah teknikal data untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Satu undi pun boleh membawa perubahan.

Sumber : Andrew JPan

IKLAN