Acara, Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Lain-lain

[ Review Hotel ] Hard Rock Hotel Penang : pengalaman yang menakjubkan! ( 40 gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Review Hotel ] Hard Rock Hotel Penang : pengalaman yang menakjubkan! ( 40 gambar )

hard-rock-hotel-penang

Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang paling terkenal di semenanjung Malaysia, bahkan di serata dunia. Ianya terkenal dengan pelbagai makanan tempatan yang sedap-sedap belaka seperti Nasi Kandar, Laksa Penang, Pasembur, Rojak, Mee Goreng Mamak dan banyak lagi. Selain itu juga pantainya yang cantik seperti Batu Ferringhi menjadi tumpuan pelancong yang datang dari serata dunia. Oleh kerana setiap tahun Pulau Pinang menerima kunjungan yang ramai dari pelancong dari merata tempat, maka terdapat banyak pilihan hotel di sekitar pantainya. Baru-baru ini kami berkesempatan untuk meninjau dan membuat review mengenai hotel yang paling terkenal di Pulau Pinang bahkan di Malaysia kerana keunikannya yang tersendiri iaitu Hard Rock Hotel Penang, Malaysia. Ianya merupakan satu-satunya cawangan hotel Hard Rock di Malaysia dan antara 3 rangkaian Hard Rock Hote yang terdapat di negara Asean selain Hard Rock Hotel Bali dan Hard Rock Hotel Pattaya.

Aerial View 001

kawasan lobi hotel
kawasan lobi hotel

Entrance Lights

Dengan jumlah 250 bilik disediakan untuk tetamu , setiap bilik mempunyai rekaan rock moden dan kontemporari. Dengan sambungan Wi-Fi percuma, stesen dok iPod dan LCD TV 32 inchi, anda boleh terus berhubung dengan orang yang anda sayangi dan akan dilayan selama 24 jam.

Seperti yang kita ketahui Hard Rock adalah sinonim dengan muzik, keseronokan dan hiburan. Maka Hard Rock Hotel Penang menawarkan pelbagai pilihan untuk menghiburkan semua tak kira sama ada keluarga, anak kecil, individu dan juga yang datang untuk urusan kerja.

Jenis bilik untuk tetamu

Terdapat pelbagai jenis bilik untuk tetamu dengan harga yang berbeza mengikut tarikh dan saiz bilik.( harga semak disini )

  1. Hillview Deluxe
  2. Hillview Deluxe with Balcony 
  3. Seaview Deluxe 
  4. Lagoon Deluxe 
  5. Lil Rock Suite 
  6. Lil Rock Suite Courtyard 
  7. Kings Club Seaview Deluxe 
  8. Seaview Studio Suite 
  9. Rock Star Suite 
  10. Kings Suite 
Seaview Studio Suite
Seaview Studio Suite
Lagoon Deluxe
Lagoon Deluxe

Lil' Rock Suite

Lil' Rock Suite2
Lil’ Rock Suite2
Lil' Rock Suite
Lil’ Rock Suite
Seaview Studio Suite Bathroom
Seaview Studio Suite Bathroom

Berbeza dengan hotel lain

BACA  Betul Ke Bila Kerja Dengan Bos Perempuan Boleh ‘Sakit Jiwa’?

Kalau kita masuk ke dalam hotel, biasanya kita akan memakai pakaian yang sopan dan kemas, serta selalu ingin kelihatan mewah. Tetapi apabila menjejakkan kaki ke Hard Rock Hotel Penang, kita akan merasa seperti dah lama tinggal di hotel tersebut. Pekerjanya sangat ramah,santai dan saya yakin yang anda juga tidak akan merasa kekok walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke Hard Rock Hotel Penang. Yang menariknya pekerja di hotel tersebut hanya mengenakan kemeja atau tshirt yang menggunakan logo rasmi Hard Rock Hotel, tidak seperti hotel-hotel yang lain serta kebanyakkan perkerja di sana adalah rakyat tempatan kita sendiri. Terlalu banyak yang ingin saya perkatakan mengenai pengalaman saya menginap disitu kerana setiap hari merupakan pengalaman yang amat berbeza dan menyeronokkan.

Restoran

Terdapat 6 jenis restoran/cafe untuk menjamu selera Hard Rock Hotel Penang. Antara restoran/cafe yang terdapat disini adalah

Lobby Lounge : kawasan lounge untuk mendengar live music pada setiap malam bermula jam 8.30 malam
Lobby Lounge : kawasan lounge untuk mendengar live music pada setiap malam bermula jam 8.30 malam

Sand Bar - untuk pengunjung datang dan minum bersama rakan sambil menikmati angin petang di pantai.

Ingin menikmati Pizza Hard Rock Hotel Penang yang istimewa? Disini adalah tempatnya
Ingin menikmati Pizza Hard Rock Hotel Penang yang istimewa? Disini adalah tempatnya
Makanan ala bufet boleh didapati di Starz Diner setiap Jumaat dan Sabtu dan antara menunya adalah seperti Moroccan Spiced Lamb, Roast Duck Crepe, Sumac Spiced Chicken Breast dan Seafood Brochette.
Makanan ala bufet boleh didapati di Starz Diner setiap Jumaat dan Sabtu dan antara menunya adalah seperti Moroccan Spiced Lamb, Roast Duck Crepe, Sumac Spiced Chicken Breast dan Seafood Brochette.
Kings Club : Tempat istirehat yang berada di tingkat 6 hotel. Khas untuk pengunjung hotel yang menyewa di tingkat 6.
Kings Club : Tempat istirehat dan makan ala cart atau bufet sarapan pagi di tingkat 6 hotel. Khas untuk pengunjung hotel yang menyewa di tingkat 6.
Mahu makan sambil mendengar live band? Jom singgah di Hard Rock Cafe bersebelahan dengan Hard Rock Hotel. Terdapat menu istimewa juga tau hanya di HRC Penang!
Mahu makan sambil mendengar live band? Jom singgah di Hard Rock Cafe bersebelahan dengan Hard Rock Hotel. Terdapat menu istimewa juga tau hanya di HRC Penang!

( Tunggu artikel review makanan di Hard Rock Hotel, Penang )

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah 

Memorabilia di kawasan lobi Hard Rock Hotel
Memorabilia di kawasan lobi Hard Rock Hotel
Kawasan kolam renang Hard Rock Hotel yang boleh digunakan oleh pengunjung
Kawasan kolam renang Hard Rock Hotel yang boleh digunakan oleh pengunjung
Rock Spa : Ada pelbagai pakej spa yang boleh anda pilih. Spa berkonsepkan Bali ini sangat best!
Rock Spa : Ada pelbagai pakej spa yang boleh anda pilih. Spa berkonsepkan Bali ini sangat best!
Kawasan pantai dan kolam renang Hard Rock Hotel Penang
Kawasan pantai dan kolam renang Hard Rock Hotel Penang
Body Rock Gym - Gimnasium
Body Rock Gym – Gimnasium
Teens Club : Mempunyai meja pool, snooker, dan bilik untuk menggunakan internet dan juga bermain permainan video
Teens Club : Mempunyai meja pool, snooker, dan bilik untuk menggunakan internet dan juga bermain permainan video
Rock Spa for Kids : Rock Spa juga ada menyediakan pakej spa untuk kanak-kanak. Menarik!
Rock Spa for Kids : Rock Spa juga ada menyediakan pakej spa untuk kanak-kanak. Menarik!
Bar di kawasan kolam renang untuk pengunjung.
Bar di kawasan kolam renang untuk pengunjung.
Kawasan Rock Spa
Kawasan Rock Spa
Permainan untuk kanak-kanak di kawasan kolam renang turut disediakan.
Permainan untuk kanak-kanak di kawasan kolam renang turut disediakan.
Sand Bar - untuk pengunjung datang dan minum bersama rakan sambil menikmati angin petang di pantai.
Sand Bar – untuk pengunjung datang dan minum bersama rakan sambil menikmati angin petang di pantai.
Spa Villa - Spa Villa ini boleh ditempah di Spa Rock bagi anda yang inginkan privasi.
Spa Villa – Spa Villa ini boleh ditempah di Spa Rock bagi anda yang inginkan privasi.

Hiburan

Terdapat pelbagai hiburan yang dihidangkan untuk pengunjung yang ingin bersantai sambil mendengar live music. Pelbagai acara diadakan seperti konsert, gig, party buih dan lain-lain.

Dalam masa terdekat ini, akan diadakan Miss Hard Rock Penang 2013 yang bakal diadakan pada 24 Ogos 2013, Summerfest Music & Fun Carnival pada 22 dan 23 Jun 2013 dengan harga tiket RM10 untuk seorang ( sehari ) , Ultimate Foam Party pada 1 Jun 2013 ( tiket RM30 untuk seorang )

BACA  Jangan Salah! Wanista Ajar Cara Sebutan Nama Pelakon Dengan Betul
Miss Hard Rock 2013
Miss Hard Rock 2013

foam-party

 

Mesyuarat dan perkahwinan

Ballroom - Banquet

Meeting Room

Ballroom

Terdapat juga bilik yang disediakan untuk mesyuarat dan juga perjumpaan serta pakej perkahwinan bagi mereka yang inginkan kelainan dan memori yang tidak dapat dilupakan.Bilik mesyuarat boleh memuatkan seramai 300 orang. Bagi pakej perkahwinan pula, ada disediakan pelbagai kemudahan seperti :

  • Set makanan malam 8 course
  • Teh Cina free flow
  • Hiasan bunga segar termasuk gerbang perkahwinan di pintu masuk
  • Latar belakang percuma dengan nama pasangan perkahwinan
  • Cawan kaca disusun 5 tingkat dan jus sparkling
  • Penggunaan percuma sistem PA
  • Kek buah-buahan
  • Perkhidmatan  Rock Star untuk meja pengantin
  • Persembahan makanan khusus untuk majlis
  • Percuma satu malam penginapan di Suite Selebriti dengan kemudahan Rock Star dan sarapan pagi romantis di atas katil
  • Penggunaan percuma untuk bilik untuk Majlis Teh 1 jam sebelum perkahwinan (tertakluk kepada TNC)
  • Harga istimewa bilik untuk tetamu majlis perkahwinan
  • Penggunaan taman eksklusif dan kawasan kolam renang untuk fotografi perkahwinan
  • Penggunaan percuma LCD Projector
  • Tempat letak kereta percuma untuk semua tetamu dan 2 tempat letak kereta VIP
  • Diskaun 10% ke atas semua barangan di Hard Rock Hotel Penang untuk pasangan pengantin, ahli keluarga dan semua tetamu
Sunset stage untuk majlis tertentu
Sunset stage untuk majlis tertentu
Sunset stage
Sunset stage

Bagi anda yang inginkan pengalaman menarik di sini dan ingin mengetahui maklumat mengenai Hard Rock Hotel Penang, anda boleh layari laman web : http://penang.hardrockhotels.net/ , atau lawati laman Facebook Hard Rock Hotel Penang 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di :

Hard Rock Hotel Penang
Batu Ferringhi Beach,
11100 Penang, Malaysia
Tel:  +60 4 8811711
Fax: +60 4 8812155

Video istimewa dari Krew Wanista di Hard Rock Hotel Penang 2013

Leave a Reply
Your email address will not be published. *