Fesyen, Pilihan, Tips

Trend fesyen 2013 : 7 tips kombinasi warna terkini untuk fashionista

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Trend fesyen 2013 : 7 tips kombinasi warna terkini untuk fashionista

Seorang wanita perlulah selalu update mengenai trend terbaru dalam fesyen dan pengetahuan mengenai potongan pakaian terkini dan reka bentuk pakaian terbaru. Selain itu anda perlu tahu mengenai seni warna dan kombinasi warna yang yang berada dalam trend sekarang. Pakaian yang cantik tak semestinya apabila anda mengenakan pakaian yang berjenam dan mahal,tetapi juga penggunaan warna, padanan aksesori yang tepat juga memainkan peranan yang penting.

1. Monochrome
Monokrom, yang merupakan gabungan hitam dan putih, merupakan salah satu trend kekal yang tidak akan keluar dari fesyen. Anda akan kelihatan bergaya apabila mengenakan pakaian dengan gabungan kedua-dua warna spektrum yang bertentangan dengan palet warna. Pastinya wanita akan tampak lebih bergaya terutama apabila dipakai sebagai pakaian rasmi atau reka bentuk seperti jalur dan titik polka.

monokrom

2. Merah jambu dan hitam
Merah jambu ย seperti warna merah jambu terang, juga dikenali dengan nama merah jambu neon atau merah jambu pop, kelihatan lebih cantik apabila dipakai dengan hitam. Ini adalah kombo warna yang tidak akan membiarkan anda keluar rumah tanpa disedari orang di sekeliling anda kerana ia adalah satu percubaan fesyen yang sangat berani. Cara yang paling mudah untuk memakai ini ialah dengan memakai skirt atau seluar hitam dengan bahagian blaus/kemeja/tshirt atas merah jambu terang. Anda juga boleh mengenakan aksesori berwarna neon atau pop untuk menyerlahkan lagi penampilan anda.

pinkblack2

pinkblack

3. Neon dan neon
Neon dan neon juga dikenali sebagai trend color blocking dan telah menjadi trend terkini sejak tahun lepas. Jika anda ingin benar-benar menonjol sebagai fashionista yang suka membuat gaya berani maka ini adalah trend untuk anda. Menggabungkan seluar biru terang dengan top neon merah jambu, kuning, oren atau kuning. Anda juga boleh menggunakan aksesori berwarna neon dan kasut berwarna neon juga. Rawrrr!

neon

neon2

4.Hitam dan kuning
Kombo ini tidak akan membuat anda kelihatan seperti teksi atau lebah. Ini sebenarnya kombinasi warna yang cantik kemas apabila dipakai dengan betul. Hitam, putih dan denim biru adalah 3 warna pakaian sesuai dengan apa saja warna pakaian yang lain. Jadi mengenakan pakaian dengan kombinasi warna kuning dan hitam adalah tidak menjadi masalah sama sekali.

yb

yb2

5. Merah jambu dan biru
Yang ini adalah pilihan untuk gadis comel atau mereka yang mengemari pilihan warna yang cute.. Menggabungkan warna baby pink dengan biru adalah cara yang pasti membuatkan anda nampak lebih muda, lebih cantik, cute dan lebih feminin. Anda boleh mengenakan jaket merah jambu dengan spageti tali biru, tee merah jambu dengan seluar denim, atau pilihan yang lebih berani seperti mengenakan tops merah jambu pop/neon dengan skirt/seluar/bottom berwarna biru.

pb

pb2

pinkblue

6. Pic dan kelabu
Ini adalah gabungan yang lebih edgy dan agak luar biasa dan warna yang tidak dijangka. Walau bagaimanapun, ia adalah fesyen yang menggunakan kombinasi warna lembut dan feminin terutamanya apabila anda memilih untuk menggunakan warna kelabu neutral. Anda boleh memakai tops pic lembut atau pakaian dengan jaket kelabu. Kombo ini membuat anda lebih chic dan sofistikated.

peachblue

peachblue2

7. Warna sama tapi tona berbeza
Kebanyakan kita melakukan ini dengan jeans dan denims kita, dimana kita mengenakan tshirt atau tops berwarna biru tetapi tona berbeza iaitu lebih terang atau gelap. Anda boleh mengenakan jeans berwarna hijau gelap dengan tops berwarna hijau limau purut atau hijau dengan tona yang lebih terang.

sameshades

Komen Anda