Fesyen, Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Lain-lain

Rahsia Kejelitaan : Siri TV untuk kecantikan dari New York Skin Solutions | Selasa 6 petang

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Rahsia Kejelitaan : Siri TV untuk kecantikan dari New York Skin Solutions | Selasa 6 petang

nss

Wanita dan lelaki yang selalu ingin kelihatan cantik dan tampan kadangkala ada yang nekad mengambil jalan pintas yang melampau apabila ia datang kepada isu-isu sentiasa ingin kekal jelita dan menjada kecantikan rambut, kulit ataupun berat badan. Oleh kerana permintaan ramai, sekali lagi London Weight Management, New York Skin Solutions dan Yun Nam Hair Care bekerjasama dalam siri televisyen untuk kecantikan baru iaitu Realiti Kejelitaan. Berikutan kejayaan Inspirasi Pesona 2 dan Belaian Jiwa, Realiti Kejelitaan bersedia untuk menangani isu-isu biasa yang dihadapi oleh lelaki dan wanita Malaysia.

yunnamnss
Ini adalah satu kajian kes untuk New York Skin daripada salah satu episod daripada Program TV:

“Ia bukan cinta pandang pertama!”

Perbualan telefon secara tidak sengaja mencetuskan ketegangan berpanjangan dalam hubungan kasih sayang antara Nor Ashikin Binti Mohamad Hanafah dan teman lelakinya, yang kini tunangnya. Nor Ashikin mengalami masalah jerawat, tetapi tidak pernah terjejas olehnya. “Kami memulakan hubungan ini melalui satu siri perbualan telefon, jadi tidak seorang daripada kami tahu bagaimana rupa sebenar antara satu sama lain. Everything was OK sehingga jerawat saya memberi kejutan dalam hidupnya pada pertemuan kami yang pertama. Beliau memberi kritikan membina untuk memperbaiki kulit saya, tetapi saya merasakan ia terlalu peribadi, dan membuatkan perasaan saya sakit. “Nor Ashikin tidak teragak-agak untuk melawat New York Skin Solutions untuk perundingan profesional dan rawatan. Selepas masalah jerawat beliau telah hilang, begitu juga dengan perasaan sakit hatinya.  “Saya akan menjadi pengantin paling berseri tidak lama lagi. Saya tidak boleh berhenti tersenyum gembira setiap kali saya tunang memberitahu saya betapa dia mencintai saya dan memberi pujian mengenai kulit saya sekarang.”

BACA  Baju Raya Cantik! Pilihan Dari Koleksi ZALORAYA 2019 Yang Wanista Suka

Cerita-cerita di atas adalah hanya 3 daripada 24 orang yang mengatasi kelemahan fizikal mereka dan kembali kehidupan yang baru. Realiti Kejelitaan, yang dihoskan oleh Linda Hashim, bersedia untuk disiarkan pada setiap hari Selasa jam 6.00 petang di saluran TV3. Bersempena dengan siri Realiti Kejelitaan penonton akan diberikan informasi mengenai isu-isu kulit, rambut atau badan dan boleh menikmati sesi percubaan pertama percuma dan set kit produk.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah SMS:
TV <jarak>, C, Nama & Alamat ke 32828 (RM1 caj dikenakan bagi setiap SMS)

BACA  Rambang Mata Tengok Koleksi Iconic Swan Dari Swarovski S/S 2019

JOM TENGOK VIDEO! 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *