Info Menarik, Pilihan

[ Hiburan ] Toyol Pelaris ‘Ghost Child’

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ Hiburan ] Toyol Pelaris ‘Ghost Child’

pix_gal1

Pontianak, toyol, langsuir dan seumpamanya begitu sinonim dengan masyarakat melayu. Walaupun begitu, sebuah produksi Cina dari Singapura telah menggunakan salah satu makhluk halus seperti di atas sebagai hasil karya baru mereka yang berunsur seram.

‘Ghost Child’ atau toyol terbitan MM2 Entertainment, Clover Films dan Zhao Wei Films berkisar tentang sebuah keluarga yang mengalami perkara-perkara pelik yang berlaku di dalam rumah mereka setelah Choon lakonan Chen Han Wei berkahwin dengan wanita Indonesia, Na lakonan Carmen Soo yang dalam diam membela toyol.

Menurut Gilbert Chan, pengarah filem tersebut, mereka mengambil masa 6 bulan untuk mengkaji tentang toyol dan makhluk halus sebelum menyiapkan keseluruhan skrip filem tersebut. Filem yang bakal mengadakan pengambaraan di Singapura mula ditayangkan pada 4 April ini.

Dalam filem ini menerangkan bahawa toyol merupakan sejenis makhluk halus yang hidup di dalam janin yang telah mati. Biasanya ia digunakan untuk aktiviti jenayah seperti mencuri, menipu dan sebagainya. Toyol mempunyai rasa cemburu yang sangat kuat dan ia ingin sering dimanja dan dijaga.

Secara keseluruhan, filem seram ini menampilkan lebih banyak drama berbanding perkara-perkara yang menakutkan. Namun, sedikit sebanyak ia menunjukkan siapa toyol sebenarnya. Mungkin hal itu dijelaskan dalam filem ini kerana penonton sasaran Ghost Child tidak begitu tahu tentang makhluk halus ini. – HARIAN METRO

 

IKLAN

IKLAN