Fesyen, Pilihan

[ Tips Fesyen DIY ] 7 cara mudah gayakan seluar jeans lama anda! ( bergambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Tips Fesyen DIY ] 7 cara mudah gayakan seluar jeans lama anda! ( bergambar )

Adakah anda bosan melihat dan memakai denim biasa anda dengan tshirt? Kadang-kadang kita mahu bergaya dengan seluar jeans kita tetapi tak tau bagaimana caranya untuk membuatkan jeans nampak cool dan cantik. bBerikut adalah 7 cara ‘funky’ oleh mana anda boleh membuat seluar jeans anda nampak lebih menarik apabila digayakan.

1. Tampalan pada seluar jean
Terdapat begitu banyak reka bentuk tampalan jeans dalam bentuk yang pelbagai dan saiz yang terdapat di pasaran hari ini. Anda hanya perlu tampal ia denim anda dan Voilà! Anda juga boleh menampal logo band kegemaran anda atau quote pada seluar jeans anda.

tampal-jeans

2. Gunakan manik dan batu rhinestones
Untuk membuat seluar jeans lama anda berkilau dan bersinar, anda boleh gam manik-manik dan batu rhinestones dalam reka bentuk tertentu. Cuba tiru idea bintang pop kegemaran anda ataupun rekaan di internet dan pastikan ia akan lebih kelihatan cantik. Malah boleh membuatkan semua orang fikir anda membeli sepasang baru dan bukannya hanya  menggayakan jeans yang lama.

batu-jeans

3. Koyakkan jeans anda
Rupa  seluar jeans yang ditoreh atau dikoyakkan adalah satu yang abadi dan tidak pernah keluar dari cara fesyen. Ambil pisau atau gunting dan robek seluar denim anda secara condong. Untuk membuat ia kelihatan lebih funky, anda boleh ‘memperbaiki’ beberapa garis condong ini dengan pin keselamatan. Pasti cantik dan menarik!

ripped-jeans2

ripped jeans

4. Jadikan seluar pendek 3/4 atau skirt
Mungkin anda boleh membuat perubahan dalam penampilan mengenai panjang seluar jeans itu sendiri. Anda boleh memotong seluar anda dan jadikan ia seluar jeans santai 3/4 ataupun hot pant dan skirt!

skirtjeans

5.Gunakan cat kain
Satu lagi cara yang baik untuk menggayakan denim lama anda adalah dengan mempamerkan karya seni anda menggunakan cat kain. Walaupun dengan hanya ‘menconteng’ seluar jeans anda, pastinya ia akan kelihatan lain dari yang lain!

fabricpain-jeans2

fabricpaint-jeans

6. Tampalkan badge mini pada jeans
Trend masa kini adalah dengan menampal lencana sukan seperti logo pasukan sukan kegemaran mereka atau band muzik, atau bahkan quote serta jenaka. Trend adalah untuk pin pada beg mereka, T-shirt dan jaket. Jadi mengapa tidak pin lencana pada seluar jeans anda?

badges_jackets_jeans_10

7. Menyulam poket seluar jeans anda
Anda boleh menunjuk kemahiran sulaman anda di poket belakang jeans anda dengan jahitan berwarna-warni, reka bentuk yang indah. Embroidery atau sulaman tidak hanya terhad untuk sapu tangan sahaja. Anda boleh belajar dengan cepat melalui tutorial dalam talian internet atau dengan bantuan rakan.

sulaman

Leave a Reply
Your email address will not be published. *