Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Isu Semasa ] Kanak-kanak 4 tahun dirogol sepupu 11 tahun

Avatar
/
[ Isu Semasa ] Kanak-kanak 4 tahun dirogol sepupu 11 tahun

Gambar hiasan

IKLAN

Seorang ibu muda berusia 22 tahun tidak menyangka tindakannya menghantar anak perempuannya berusia empat tahun ke rumah kakak ipar membawa malang apabila anak perempuannya itu dipercayai dirogol anak saudaranya sendiri yang hanya berusia 11 tahun.

Sumber berkata, terkejut mendengar cerita anaknya itu, wanita berkenaan kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Kundang minggu lalu. Menurut sumber lagi, dalam kejadian 19 Mac lalu, wanita terbabit yang perlu menjalani pemeriksaaan kesihatan di sebuah hospital dikatakan meninggalkan anak perempuaanya bawah jagaan kakak iparnya yang tinggal berhampiran dengan rumahnya di Rawang.

Selepas beberapa hari, kanak-kanak itu sering mengadu kepada ibunya sakit pada kemaluan. Dia kemudian bertanya kepada anak perempuan tunggalnya itu apa yang berlaku. Kanak-kanak terbabit kemudian memberitahu  dia ada mandi bersama sepupu lelakinya berusia 11 tahun ketika ditinggalkan di rumah tersebut. Wanita terbabit yang mengesyaki anaknya diperkosa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum anaknya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.