Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Antarabangsa ] Tuntutan cerai ‘Lelaki Hamil’ ditolak pihak mahkamah

Avatar
/
[ Antarabangsa ] Tuntutan cerai ‘Lelaki Hamil’ ditolak pihak mahkamah

Screen shot 2013-04-01 at 12.42.23 PM

IKLAN

Seorang hakim mahkamah keluarga di daerah Maricopa, Douglas Gerlach menolak tuntutan cerai daripada lelaki yang asalnya wanita dan menegaskan bahawa larangan perkahwinan sesama jantina di Arizona. Hal itu menyebabkan perkahwinan Thomas Beatie dan Nancy selama sembilan tahun tidak boleh disahkan.

Beatie dilahirkan sebagai perempuan tetapi telah menjalani pembedahan untuk menjadi lelaki. Bagaimanapun, dia masih mengekalkan organ pembiakan wanita dan telah melahirkan tiga anak.

Screen shot 2013-04-01 at 12.42.17 PM

Gerlach berkata, dia tiada kuasa untuk meluluskan perceraian kerana tiada bukti mencukupi menunjukkan Beatie adalah lelaki ketika dia mengahwini Nancy di Hawaii. Menurutnya, pasangan Beatie tidak pernah memberikan rekod yang dapat menjelaskan apa yang sebenarnya telah dilakukan Beatie untuk menjadi lelaki.

Beatie berkahwin sebagai lelaki secara sah dan tidak disyaratkan untuk mendedahkan bahawa dia mengekalkan organ pembaikan wanita ketika memohon dan memperoleh sijil kelahiran baru di Hawaii sebagai lelaki. Beatie menghentikan rawatan testosteron agar dia dapat melahirkan anak. Dia benar-benar mahu mengakhiri perkahwinannya. Bagaimanapun, hasratnya tertangguh apabila Gerlach mengatakan dia tidak dapat menemui klausa dalam undang-undang yang mendefinisikan lelaki boleh melahirkan anak.

Thomas Beatie yang dikenali sebagai “Lelaki Hamil” dilahirkan sebagai Tracy Lehuanani Lagondino di Oahu, Hawaii. Dia berkahwin dengan pasangannya Nancy pada awal 2003 di Honolulu dan hamil kerana Nancy tidak dapat melahirkan anak. Beatie melahirkan anak yang kini berusia empat, tiga dan dua tahun selepas hamil melalui sperma yang didermakan.

Sumber : agensi

IKLAN