Kesihatan

[ Info Sihat ] Ketahui khasiat Dan Kegunaan Aloe Vera / Lidah buaya!

Avatar
/
[ Info Sihat ] Ketahui khasiat Dan Kegunaan Aloe Vera / Lidah buaya!

Aloe vera atau lidah buaya mengandungi banyak nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Ia mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

IKLAN

Lidah buaya ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperolehi. Jom kita lihat sedikit info tentang khasiat dan kegunaan lidah buaya!

Merawat kulit kering

kulit telapak kaki pecah-pecah

Biasanya orang gunakan losyen untuk melembapkan kembali kulit yang kering dan rosak. Gel atau krim aloe vera juga sangat baik untuk kembalikan kelembapan kulit yang kering. Ia merupakan alternatif lain untuk merawat kulit kering selain daripada minum air dan memakai losyen.

Atasi kulit berminyak

kulit-berminyak-383x250

Bagi anda yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya mempunyai pelbagai masalah kulit dan salah satunya adalah jerawat. Kandungan pH di dalam aloe vera dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Pemakaian masker yang mengandungi aloe vera setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat.

Anti penuaan dan anti oksida

IKLAN

Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink yang terdapat dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi dan sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda!

Melancarkan perjalanan darah

aloe-vera-jus

Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati. Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.