Berita & Isu Semasa

[ Isu Semasa ] Diculik, dibelasah dan dipaksa menari bogel

Avatar
/
[ Isu Semasa ] Diculik, dibelasah dan dipaksa menari bogel

Along

IKLAN

Seorang penjual kacang putih menanggung azab apabila diculik, dibelasah 15 samseng dan dipaksa menari bogel kerana gagal melangsaikan hutang along yang dipinjam sebanyak RM1,000. S Mohan, 43 dipaksa berbogel sebelum dipaksa menari di hadapan rumah ketua kongsi gelap tersebut jika tidak mahu dibunuh.

Mangsa yang ditemui di pejabat Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak berkata, penderitaan itu bermula apabila dia berhutang RM1,000 dari seorang ceti haram pada Oktober tahun lalu selepas menghadapi masalah perniagaan.

Saya diugut untuk dicederakan selepas gagal melangsaikan hutang pada tempoh ditetapkan along berusia 20-an itu. Mereka mengekori saya setiap hari sebelum menculik saya di hadapan sebuah bank di Sitiawan pada jam 7.30 malam, pada 4 Januari lalu. Seramai 15 lelaki termasuk beberapa belia yang menyertai kumpulan kongsi gelap 04 muncul di premis itu tidak lama kemudian sebelum membelasah saya beramai-ramai,” katanya yang mendakwa dipukul hampir dua jam.

Dia dibawa pula ke sebuah rumah di Taman Acheh Jaya, Setiawan sebelum dipaksa membuka baju dan menari di hadapan rumah milik seorang ketua samseng Geng 04 itu.

Mereka menjatuhkan maruah saya apabila merakam aksi saya itu menggunakan kamera video. Kumpulan samseng itu memaksa abang ipar saya membayar wang tebusan RM20,000 yang didakwa ‘bunga’ dari wang dipinjam saya sebelum ini,” katanya.

Mohan berkata, abang iparnya itu bagaimanapun tidak mampu menyediakan jumlah wang diminta kumpulan samseng itu. Dia dibebaskan samseng terbabit pada jam 7.30 petang keesokannya sebelum dipaksa membayar wang RM20,000 dalam tempoh seminggu. Sebelum melepaskannya, mereka sempat mengugut akan membunuh isteri dan menculik anak lelakinya berusia 2 tahun jika dia gagal menyediakan wang diminta. Akibat takut sesuatu buruk berlaku, dia bersama isteri dan anak melarikan diri dan bersembunyi di rumah kakaknya di Kedah.

Kumpulan terbabit yang berang kerana gagal mendapatkan wang diminta bertindak ganas memecah masuk rumahnya di Setiawan sebelum merampas motosikal, peralatan rumah selain kereta Proton Iswara milik abang ipar mangsa pada 18 Januari lalu. Menurutnya, masalah itu sudah dilaporkan kepada polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, pada 30 Januari lalu.

IKLAN