Kesihatan, Pilihan, Tips

[ Tips Sihat ] Ketahui 4 menu sihat untuk sarapan si comel anda!

Avatar
/
[ Tips Sihat ] Ketahui 4 menu sihat untuk sarapan si comel anda!

sarapan anak

IKLAN

Sarapan dianggap penting untuk semua peringkat umur kerana ia merupakan sumber tenaga untuk mulakan hari anda. Segelintir kanak-kanak masa kini tidak suka untuk bersarapan pagi kerana ibu bapa tidak mendisiplinkan anak-anak mereka dari awal. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Anda harus menjadi contoh buat anak anda. Jika anda sendiri tidak bersarapan, anak anda akan turut mencotohi anda.

Pengambilan sarapan yang sihat dan berkhasiat adalah penting untuk memulakan hari anda dan keluarga. Berikut adalah beberapa menu yang sihat untuk si comel anda!

Makanan berkanji

bread

Makanan berkanji seperti nasi dan roti adalah penting bagi kanak-kanak kerana ia merupakan sumber tenaga kepada mereka. Untuk mengelakkan mereka daripada berasa muak atau bosan dengan makanan tersebut, pastikan ianya pelbagai. Jangan satu jenis hidangan sahaja.

Cereal

fotolia_328705_XS

Cereal atau bijirin adalah pilihan sarapan yang terbaik kerana ia juga memberi tenaga dan juga mengandungi vitamins dan mineral penting yang diperlukan tuuh. Tetapi anda harus awasi kuantiti bijirin yang diambil kerana ada setengah bijirin mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Untuk menambahkan selera mereka, anda boleh campurkan sedikit kismis atau buah-buahan kering atau segar.

IKLAN

Susu atau hasil tenusu

Kohls_Museum_Milk

Hasil tenusu adalah sangat penting terutamanya bagi si kecil yang sedang membesar. Susu penting kerana tulang memerlukan kalsium yang secukupnya untuk melalui proses tumbesaran dan juga untuk tulang yang sihat dan kuat. Antara bahan tenusu ialah dadih, susu segar dan juga keju.

Buah-buahan

SaladBuahDressingwithLimeJuiceEnakTenanJakarta

Mungkin si kecil anda tidak gemar makan buah ketika waktu pagi. Jika anda mengalami masalah itu, anda boleh menyediakan jus buah yang segar untuk digantikan dengan buah yang dipotong. Selain itu, anda juga boleh potong buah kecil-kecil dan campuran dengan mayonis dan kismis (macam salah buah). Buah-buahan juga penting untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi banyak vitamins dan nutrien lain yang diperlukan tubuh.