Groupon Asia Tenggara dan United Nations World Food Programme (WFP) telah bekerjasama dan berganding bahu dalam memerangi kebuluran disamping memberi sokongan dalam meningkatkan keupayaan remaja perempuan menerusi program makanan di sekolah.
Bermula pada 25 Mac hingga 5 April, Groupon meminta bantuan orang awam untuk memberikan dan mengagihkan makanan buat pelajar-pelajar dengan makanan yang disediakan oleh WFP selama empat minggu dan juga bekalan untuk dibawa pulang ke rumah. Kesemua sumbangan derma akan diberikan kepada sekolah-sekolah WFP yang terpilih dalam program ini yang dilaksanakan di 14 buah negara di Asia, termasuk lima buah negara di Asia Tenggara.
Kemiskinan sering menjadi penyebab mengapa ramai kanak-kanak tidak bersekolah. Lebih dari 36 juta kanak-kanak terutamanya perempuan di seluruh dunia tidak bersekolah. Program ini bertujuan untuk membantu mereka dalam menangani masalah kebuluran dan meningkatkan bilangan kanak-kanak perempuan untuk ke sekolah supaya masa hadapan mereka terjamin.
Sebuah keluarga perlu sekurang-kurangnya menyediakan satu hidangan sehari untuk anak-anak mereka. Program yang dianjurkan oleh WFP ini bertujuan untuk meningkatkan peratusan kanak-kanak perempuan untuk ke sekolah dengan memberi bantuan dari segi makanan di sekolah dan juga bekalan untuk dibawa ke rumah.
Jika anda ingin memberi sedikit sumbangan dan maklumat lanjut tentang program ini, sila layari ke www.groupon.my atau http://www.wfp.org/.