Gossip, Gossip Tempatan, Info Menarik, Pilihan

[ Tempatan ] Kontroversi Filem Mencari Cinta, Rusdi Ramli rasa bersalah

Avatar
/
[ Tempatan ] Kontroversi Filem Mencari Cinta, Rusdi Ramli rasa bersalah

rusdi seks nora - Copy

IKLAN

Aski di ranjang Rusdi Ramli dengan Nora Danish dalam filem Mencari Cinta telah menimbulkan kontroversi dan mendapat feedback yang negatif dari orang ramai.

Sejak treler filem arahan Shirin Khuzaimi dimuat naik di Youtube, ia terus menjadi perbualan orang kerana dikatakan aksi tersebut terlalu terbuka untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam treler filem tersebut, jelas ditampilkan satu babak dimana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan begitu mesra tanpa memakai baju.

Bagaimanapun, Rusdi seperti sudah tahu aksi itu bakal mendapat kritikan daripada orang ramai dan dia awal-awal sudah menjelaskan bahawa dia hanya mengikut arahan pengarah dalam menjayakan filem tersebut. Selepas apa yang terjadi, Rusdi berasa kesal dan berasa bersalah kerana menurut arahan pengarah untuk melakukan aksi tersebut.

Filem Mencari Cinta arahan Shirin Khuzaimi ini akan ditayangkan pada 25 April. Bagi yang belum tengok treler Mencari Cinta, jom kita tengok sama-sama!