Kesihatan, Pilihan, Tips

[ Info Sihat ] Ketahui 5 Khasiat TERSEMBUNYI jus lemon

Avatar
/
[ Info Sihat ] Ketahui 5 Khasiat TERSEMBUNYI jus lemon

Lemon-Wallpaper-fruit-6334028-1024-768

IKLAN

Lemon ialah sebagai buah yang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B & C. Jus lemon mempunyai banyak khasiatnya yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, lab eksperimen dna juga agen pembersih. Ia juga digunakan untuk membersihkan mulut, membantu pencernaan dan menghilangkan sembelit dan beberapa penyakit lain. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan.

Berikut adalah antara khasiat lemon yang baik untuk kesihatan

Baik untuk perut

Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, mulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah, cepat dan sedap!

Cegah nafas berbau

Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah hirisan lemon selepas waktu makan untuk neutralkan semula bau nafas dan mulut anda.

st_03.1

 Pembersih darah

IKLAN

Penyakit seperti malaria dan kolera boleh juga diubati dengan mengamalkan minum jus lemon segar kerana lemon juga bertindak sebagai pembersih darah. Amalkan petua ini sehingga anda menampakkan kesannya.

  • Dewasa dan kanak-kanak (70 kg kebawah) : Perah separuh biji lemon dan campurkan dengan segelas penuh air suam. Minum dua kali sehari.
  • Dewasa (70 kg keatas) : Perah satu biji lemon dan campurkan dengan segelas air penuh air suam dan minum dua kali sehari.

Ubat jerawat

Lemon dan jerawat? Dalam fikiran anda mesti pedih bukan? Kesan pedih itu hanyalah untuk seketika sahaja. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang ada sebelum mengecutkan jerawat tersebut. Apa yang anda harus lakukan ialah, campurkan jus lemon dengan sedikit air suam dan madu asli, kemudian sapukan pada kawasan yang berkenaan. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan bersih.

Selain daripada itu, bagi anda yang mempunyai kulit muka yang sensitif dan tidak mahu rasa pedih dan terbakar, anda boleh minum air campuran jus lemon dengan air suam. Minum dua kali sehari setiap hari iaitu pagi dan malam.

 Ubat demam

Air perahan lemon boleh meningkatkan jumlah pengeluaran peluh dari dalam badan. Ini merupakan langkah alternatif untuk mengubati demam. Apa yang anda perlu lakukan ialah perah sebiji lemon dan campurkan dengan air suam dan madu dan minum untuk dua kali sehari sehingga demam berkurangan.