Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Isu Semasa ] Toreh muka menantu gara-gara Galaxy Tab

Avatar
/
[ Isu Semasa ] Toreh muka menantu gara-gara Galaxy Tab

samsung-galaxy-tab-android-tablet-hands-on-ifa-berlin-2010-27

IKLAN

Seorang ibu mertua sanggup menoreh muka menantu lelakinya kerana cemburu melihat lelaki tersebut membelikan tablet Samsung Galaxy Tab untuk isterinya pada 22 Mac lalu di rumah sewa mereka yang terletak di Kampung Plentong Baru, Masai.

Mangsa yang dikenali sebagai Taufik memberitahu isterinya bahawa ibu mertuanya cemburu selepas dia membelikan Galaxy Tab berkenaan kepadanya. Jelas mangsa lagi, mulanya dia hairan melihat ibu mertua memarahinya selepas mandi lalu wanita itu mengeluarkan sebilah pisau lantas menyerangnya dan menoreh dahi serta tangan kirinya. Serangan itu mengakibatkan Taufik terpaksa menerima enam jahitan di dahi dan tangan dan kuku.

Hajijah Hussein, 56, dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu. Majistret Azlan Shah. Mohd Allias memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan iaitu pada 24 Mac lalu. Hajijah didakwa di bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana hukuman berkenaan.