Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Isu Semasa / Politik ] PRU-13 : Tarikh akhir pembubaran Parlimen 30 April

Avatar
/
[ Isu Semasa / Politik ] PRU-13 : Tarikh akhir pembubaran Parlimen 30 April

pru13

IKLAN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.

Beliau berkata, sehubungan itu, tempoh matang dibawa ke hari Isnin (29 April) dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari tersebut bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

“Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini. Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira,” katanya semalam.

Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar secara automatik pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung. Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU-12

Sumber : Bernama

IKLAN