Acara, Berita & Isu Semasa, Pilihan, Review, Review - Lain-lain

[ Info ] Motor berkuasa tinggi BMW HP4 terbaru dari BMW Group Malaysia ( 5 gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Info ] Motor berkuasa tinggi BMW HP4 terbaru dari BMW Group Malaysia ( 5 gambar )

BMW 02

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan BMW HP4 serba baharu, motosikal berprestasi tinggi yang terkini dengan menampilkan keupayaan enjin termaju dan teknologi lengkap untuk tahap keselamatan dan pemanduan dinamik yang tiada bandingan.

BMW 01

BMW 04

Info terperinci BMW HP4

Dilengkapi dengan enjin 4-silinder sebaris S1000RR dengan jumlah sesaran 999 cc, BMW HP4 serba baharu menghasilkan kuasa sebanyak 152 kW (193hp) pada13,000 rpm. Motosikal ini juga berupaya mencapai kelajuan enjin maksimum sehingga lebih 200km/jam dan bacaan tork maksimum sebanyak 112 Nm pada putaran 9,750 rpm. Pencapaian hebat ini membolehkan motosikal berkuasa tinggi ini untuk memecut 0- 100km/j hanya dalam masa 2.9 saat.

Melalui menyaksikan peningkatan tork dalam kelajuan enjin peringkat sederhana. Tidak seperti model S 1000 RR, jumlah outputnya adalah sama bagi semua mod – “Hujan”, “Sport”, “Lumba” dan “Licin” – dengan keluk pendikit yang serupa bagi respons yang sama seperti di litar perlumbaan. Mod “Hujan” dalam HP4 serba baharu kini memberikan output yang lebih lancar dengan keluk tork antara 2,500 rpm dan 8,000 rpm. Walaupun dengan keupayaan prestasi yang hebat, HP4 yang baharu ini dapat mencapai kadar kecekapan yang tinggi dengan purata penggunaan minyak sebanyak 5.9 l/100km pada kelajuan sehingga 120kmj.

Selain sistem elektrik yang sama seperti model BMW Motorrad kontemporari yang lain, HP4 baharu turut dipasang dengan sistem elektrik CAN bus (rangkaian kawasan pengawal) yang menghubungkan kelompok peralatan dan pengawal enjin serta pelumpuh elektronik dan sistem penggera anti kecurian yang disediakan sebagai peralatan opsyenal. Kelompok peralatan bukan sahaja mempunyai muka dail reka bentuk baharu dengan inskripsi HP4 tetapi turut menyediakan pelbagai maklumat dan fungsi seperti menu pilihan Dynamic Damping Control serta tahap pelarasan Dynamic Traction Control yang terperinci dan Launch Control Activation.

BACA  Panas Melampau! Kawasan Kepong KL & Sekitar Perak Antara Terlibat

BMW 03

BMW 05

Dynamic Damping Control (DDC) yang dipasang pada HP4, iaitu sistem yang pertama bagi mana-mana motosikal, meningkatkan lagi teknologi suspensi. Sistem ini melibatkan penggunaan pemampatan dinamik dan peredaman peringkat pantulan untuk menyesuaikan motosikal mengikut situasi terutamanya di jalan yang tidak rata.

Sistem suspensi semi-aktif bertindak balas secara automatik terhadap pergerakan seperti membrek, memecut dan mengambil selekoh pada pelbagai permukaan jalan dan menetapkan tahap redaman yang betul melalui injap pantulan yang digerakkan secara elektrik.

Tetapan asas bagi DDC dihubungkan kepada semua mod yang ada – “Hujan” untuk permukaan basah, “Sport” untuk jalan biasa, “Lumba” untuk litar lumba dengan tayar supersports dan “Licin” untuk litar lumba dengan tayar licin, semuanya mudah dipilih dengan hanya menekan butang. Dalam mod “Hujan” dan “Sport”, tumpuan tetapan DDC ialah redaman penuh dan selesa yang selalu digunakan di jalan luar bandar manakala dalam mod “Lumba” dan “Licin” pula, tetapan DDC adalah untuk gaya tunggangan sport yang lebih sesuai di litar perlumbaan. Tetapan redaman adalah ketat dan ia memberikan penunggang maklum balas secara terus sepanjang masa. Unit DDC memberikan daya tarikan maksimum bagi penggunaan kuasa enjin sepenuhnya semasa pecutan, dan membolehkan HP4 menyediakan tetapan optimum untuk peringkat pantulan dan mampatan peredam dalam setiap keadaan.

BACA  Dapat Sampel Syampu L’Occitane Percuma Di Gerai Pop-Up Fahrenheit Mac Ini!

Semasa menunggang dalam mod “Licin”, DT yang boleh dilaras ini memberikan penunggang pilihan untuk memberikan respons secara lebih fleksibel terhadap keadaan persekitaran seperti suhu udara dan asfalt, perubahan cengkaman tayar dan keadaan permukaan jalan.

Sebagai bonus kepada para peminat perlumbaan, HP4 turut dipasang Race ABS dengan tetapan IDM untuk prestasi membrek yang terbaik terutama sekali di litar lumba.

Sebagai pembuat motosikal yang menjadi peneraju dunia kepada pemasangan sistem anti-kunci ABS pada motosikal, BMW Motorrad kini turut mengambil langkah yang sama untuk BMW HP4 Serba Baharu dengan memasang sistem yang lebih terperinci untuk kegunaan di litar lumba. Dalam mod “Hujan”, “Sport” dan “Lumba”, Race ABS beroperasi sebagai bahagian penting di mana brek pada roda belakang digerakkan secara automatik apabila brek roda depan diaktifkan. Ini memastikan motosikal berada dalam keadaan stabil semasa membrek dan membolehkan jarak membrek yang sangat pendek.

Pilihan dan Harga

Untuk gaya yang lebih sofistikated dan penampilan yang lebih sporty, BMW HP4 serba baharu dengan Competition Package untuk perlumbaan turut disediakan sebagai pilihan. Pakej ini menawarkan bahagian karbon HP yang lebih rapi seperti spoiler enjin, sistem alas kaki penunggang, tuil brek dan klac boleh lipat dan kemasan roda dalam warna Racing Blue Metallic dengan kit pelekat penaja istimewa yang meningkatkan lagi gaya eksklusif motosikal supersports.

Harga jualan runcit bagi BMW HP4 yang baharu (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW HP4 : RM144,444.00

BMW HP4 Competition Package: RM158,888.00

Leave a Reply
Your email address will not be published. *