Acara, Kesihatan, Pilihan

[ Info Sihat / Acara ] Jom sertai Hari Sarapan Malaysia bersama MILO 5 Mei di UPM

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Info Sihat / Acara ] Jom sertai Hari Sarapan Malaysia bersama MILO 5 Mei di UPM

malaysiabreakfastday

MILO®, peneraju minuman nutrisi di Malaysia,  melancarkan Hari Sarapan Malaysia sebagai sebahagian dari aktiviti kempen
seluruh negaranya bertema Gerakan Sarapan MILO®. Kempen ini – yang bertujuan untuk memperkukuhkan penumpuan MILO® kepada tradisi jenamanya, iaitu, untuk mengamalkan pengambilan sarapan – kini menyeru kepada semua rakyat Malaysia
untuk menyertai akur janji yang akan dilaksanakan secara beramai-ramai bagi menyemai tabiat mengambil sarapan pagi yang akan menjana gaya hidup sihat dan seimbang.

Gerakan Sarapan MILO®, semenjak permulaannya lagi, telah berusaha untuk menyampai serta memperkukuhkan pemahaman rakyat Malaysia mengenai kepentingan mengambil sarapan melalui perlaksanaan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk memacu perubahan tabiat dan ianya dilaksanakan menerusi pelbagai platform.

milobreakfast

Tahun ini Hari Sarapan Malaysia akan berlangsung pada 5 Mei 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dibuka kepada kunjungan orang ramai secara percuma. Selain dari MILO® menyumbangkan sejumlah 20,000 pek sarapan pagi secara percuma pada hari tersebut, pengunjung juga akan dapat menyertai Larian Sarapan MILO®, yang merupakan inisiatif MILO® di dalam usaha kami untuk menyokong peserta yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Rakyat Malaysia juga akan dihiburkan melalui pelbagai jenis persembahan hebat, aktiviti senaman, permainan yang menyeronokkan dan juga memeriksa kesihatan mereka di kaunter pemeriksaan kesihatan yang disediakan.
Pada Hari Sarapan Malaysia, MILO® akan cuba untuk memecahkan rekod di dalam Guinness World Book of Record dengan menyediakan “Pengambilan Minuman malt coklat yang paling banyak diambil di dalam Satu Hidangan Sarapan”.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan MILO dan akitivitiaktiviti yang akan dilaksanakan, sila kunjungi laman web www.milo.com.my/breakfast

Komen Anda